Ikuti Kami:

“Saya Akan Bertanggungjawab” – Didakwa Tinggalkan Kekasih Hamil, Go Sewon Mohon Maaf

“Saya Akan Bertanggungjawab” – Didakwa Tinggalkan Kekasih Hamil, Go Sewon Mohon Maaf

Tak semena-mena, timbul pula satu cerita yang mengatakan bahawa seorang pelakon popular yang digelar ‘Putera Suri Rumahtangga’ telah meninggalkan kekasihnya selepas dia mengandung.

Entri berkenaan yang dimuat naik di sebuah laman komuniti, namun telah dipadam kini menamakan pelakon tersebut sebagai ‘K’. Katanya, dia sudah pun keguguran selepas kejadian itu.

Bekas kekasih itu turut mendakwa pelakon itu mengugut untuk menfailkan saman kerana mengugutnya, meskipun wanita itu hanya meminta gambar bogelnya dipadam. Tambahnya lagi, pelakon lelaki itu telah pun menyekat nombor telefonnya sejak kejadian tersebut.

Apabila saya meminta dia memadam gambar tidak manis berkenaan, dia menyatakan akan menfailkan saman kerana mengugutnya. Selepas itu, dia sekat nombor telefon saya.

go sewon

Wanita itu berkongsi mesej perbualan antara mereka sebagai bukti kepada pendedahan itu. Jelasnya, dia bukanlah orang ketiga dalam perhubungan itu.

‘K’ bercerai pada awal 2017. Saya hanya bercinta dengannya selepas mengesahkan hal ini. Saya bukanlah penipu. Dari hari pertama kami bercinta, dia sering berkata akan mengahwini saya sekiranya saya mengandung dan dia akan meriliskan artikel mengenainya. Dia meminta saya mempercayainya tanpa sebarang kerisauan kerana berjanji akan bertanggungjawab terhadap saya sekiranya ada apa-apa yang berlaku. Saya percayakan hal itu dan tidak menggunakan sebarang perlindungan.

Pelakon itu kemudiannya meninggalkan wanita tersebut selepas dia mengandung. Malah bekas kekasihnya itu ada memberitahu mengenai berita kegugurannya pada Februari 2021,

Kenapalah awak ini senang sangat mengandung? Bayi itu bukan bayi saya.

Apabila wanita itu memberitahu akan menceritakan hal ini di Internet, ‘K’ menyumpah dan mengatakan bahawa akan menfailkan saman sekiranya perbualan mereka dimuat naik di atas talian.

Selepas ramai yang menebak mengenai identiti pelakon itu selain ianya turut dimuat naik oleh wanita berkenaan dalam entri kedua yang sudah dipadam kini, rupanya dia ialah pelakon Go Se-won yang terkenal kerana banyak berlakon dalam drama panjang.

go sewon

Lama menanti, akhirnya pelakon berkenaan tampil dan memohon maaf atas kejadian tersebut,

Hello, saya ialah Go Se-won.

Saya secara ikhlas memohon maaf kerana membuatkan ramai yang risau dek perkara negatif sebegini.

Saya bercerai pada 2017. Sebab saya tidak memberitahu mengenai perkara berkenaan ialah kerana saya dalam proses untuk bersatu semula namun akhirnya, ia tidak berjaya.

Kemudian, pada hujung tahun lalu, saya menemui seorang wanita dan kami bercinta selama 3 bulan.

Pertama sekali, saya mahu memohon maaf kepadanya atas sebab apa pun.

Saya akan bertanggungjawab atas apa yang perlu dipertanggungjawabkan.

Disebabkan saya turut mengalami masa yang sukar, saya merasakan ia adalah peluang untuk memberitahu anda mengenai perasaan saya.

Sekali lagi, saya memohon maaf sedalamnya buat semua yang terganggu dek situasi ini.

Tak tahu lah nak kata apa.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...