Utama Gossip “Saya Akan Berkahwin!” – Lee Mijoo Umum Akan Berkahwin Di ‘Seoul Music...

“Saya Akan Berkahwin!” – Lee Mijoo Umum Akan Berkahwin Di ‘Seoul Music Awards’?

lee mijoo

Baru-baru ini, telah berlangsungnya majlis Anugerah Muzik Seoul ke-32 dengan Kim Il-joong, Lee Mi-joo dan Min-ho SHINee sebagai pengacara.

Untuk pengetahuan, majlis anugerah tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian, mengikut kategori anugerah yang akan disampaikan.

Khususnya ketika majlis anugerah itu diteruskan dengan bahagian ketiga, Lee Mi-joo tampil dengan gaun putih yang glamor dan mempamerkan kecantikan bak seorang pengantin perempuan.

Tampil dengan senyuman manis, Lee Mi-joo tiba-tiba berkata,

Saya akan berkahwin hari ini.

Kim Il-joong yang mendengar kenyataan mengejut itu terus ketawa dan bertanya,

Awak tiba-tiba buat pengumuman perkahwinan?

https://twitter.com/MijooGlobal/status/1616108478921322496?s=20&t=34kDkMA6zIwLYqRm6t8dNg

Respon Lee Mi-joo,

Saya akan berkahwin sendirian.

Suka bergurau tau Mi-joo ni.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBEROsen
Loading...