Ikuti Kami:

“Saya Agak Terdesak..” – Jackson GOT7 Luah Mahu Lebih Aktif Dengan Aktiviti Di Korea

“Saya Agak Terdesak..” – Jackson GOT7 Luah Mahu Lebih Aktif Dengan Aktiviti Di Korea

Selepas keluar dari JYP Entertainment, Jackson GOT7 nampaknya kurang aktif dengan projek di Korea kini.

Terbaru pada 27 Oktober, Jackson telah tampil dalam video baru menerusi saluran YouTube Kim Jong-kook ‘GYM Jong Kook’. Video tersebut khususnya menunjukkan idola itu menyertai Kim Jong-kook untuk bersenam bersama.

Ketika Jackson sedang melakukan beberapa senaman untuk menguatkan bahunya, Kim Jong-kook tiba-tiba menegur,

Nampaknya anda telah kehilangan sedikit berat badan. Tetapi anda masih mempunyai banyak otot di bahu anda, saya dapat melihatnya.

got7 jackson

Jackson kemudiannya memberi respon,

Kalau anda nak tahu, saya pernah menjadi pemain lawan pedang. Dan ya, saya telah turun berat badan. Saya mempunyai berat 75kg sebelum ini semasa saya aktif dalam rancangan televisyen, tetapi saya kini 62kg. Saya pergi berdiet, kerana lebih suka kelihatan lebih langsing sebagai penyanyi.

Bukan itu sahaja, di penghujung video Jackson turut meluahkan hasratnya untuk melakukan lebih banyak promosi secara aktif di Korea. Katanya,

Saya sangat suka dipanggil untuk melakukan sesuatu di sini. Saya harap penerbit akan menghubungi saya untuk saya menyertai rancangan mereka atau sesuatu. Saya agak terdesak. Saya menghadapi masa yang sukar untuk bertahan hari ini.

Sambung ahli GOT7 itu lagi,

Saya serius. Apabila saya berjalan-jalan di luar, saya tidak terganggu atau dikenali pada masa kini dan saya boleh melakukan apa sahaja yang saya mahu. Saya telah keluar dari Korea untuk sekian lama juga. Saya benar-benar mahu mula melakukan sesuatu di Korea semula.

Semoga lepas ni kita akan dapat tengok Jackson muncul dalam pelbagai rancangan hiburan Korea..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...