Sejak peserta daripada Korea iaitu Jang Hanbyul berjaya mendominasi pertandingan tempatan iaitu Big Stage 2019, makin ramai netizen daripada Malaysia yang kian boleh menerima artis daripada sana. Tapi persoalannya adakah rakyat Korea dapat menerima muzik daripada artis Malaysia kita sendiri?
Jawapannya boleh! Ini kerana Sarah Suhairi iaitu pemenang Big Stage musim pertama telah berjaya mendendangkan lagu dangdut nyanyian Mas Idayu iaitu “Senggol Senggolan Cubit Cubitan” di depan khalayak merangkumi ahjussi dan ahjumma di Busan! Hebat kan?
Kisah ini bermula apabila gadis itu telah dipelawa oleh Youtuber terkenal daripada Korea iaitu Blimey untuk menjelajah Busan bersama mereka. Kalau anda nak tahu, isi kandungan video Blimey ini boleh dikatakan kebanyakannya tentang budaya di Malaysia. Contohnya, makanan tempatan, muzik nyanyian artis Malaysia, budaya dan banyak lagi.
Selain itu, semasa di sana, Sarah turut dijemput oleh pihak bandar Busan untuk mewarnai Pesta Filem Antarabangsa Busan sebagai wakil daripada Malaysia! Jadinya kumpulan Blimey yang terdiri daripada Jade, Yerim dan Dasol telah menghulurkan bantuan kepada gadis itu dan membantunya sepanjang dia berada di sana.
Agak hebat kerana Sarah telah diajak untuk membuat persembahan di Festival Jagalchi di mana ia sering dikerumuni oleh generasi tua. Jangan terkejut sebab memang ramai yang selalu mengerumuni festival ini apabila dibuka pintunya.
Yang paling menyeronokkan apabila Sarah dengan bangganya telah mempersembahkan lagu dangdut itu di hadapan semua penonton! Menurutnya, dia memilih lagu itu kerana difahamkan bahawa lagu itu mempunyai rentak yang sama dengan lagu trot yang amat popular dalam kalangan orang tua di Korea.
sarah suhairi really did that in korea??????? im beyond proud