Ikuti Kami:

“Sangat Teruk..” – Taeyong NCT127 Dedah Sakit Belakang Badan Hingga Lumpuh Di Kaki

“Sangat Teruk..” – Taeyong NCT127 Dedah Sakit Belakang Badan Hingga Lumpuh Di Kaki

Ha! Tae-yong NCT127 rasa dirinya lumpuh di bahagian kakinya?

Baru-baru ini, Kim Jong-kook telah menjemput beberapa ahli kumpulan NCT127 iaitu Tae-yong, Jae-hyun dan Jung-woo dalam video bersenam di gimnya.

Dalam video tersebut, Kim Jong-kook bertanyakan soalan kepada 3 idola itu,

Adakah awak semua menawarkan diri sendiri untuk datang ke sini?

Tae-yong menjawab,

Saya sukarela.

Tambahnya lagi,

Pada asalnya mereka berdua (Jae-hyun dan Jung-woo) sahaja, tetapi saya mempunyai masalah belakang yang sangat teruk sehingga saya lumpuh di bahagian kaki.

Taeyong nct127

Selepas mendengar luahan ketua kumpulan NCT127 itu, Kim Jong-kook membalas,

Ia adalah perkara yang baik awak datang ke sini. Ini merupakan restoran terbaik (merujuk ke gim).

Malah, ahli “Running Man” itu juga berkata,

Saya juga pernah berada dalam kumpulan idola sejak berumur 20 tahun. Jadi, saya sudah merasa kesakitan dan berjaya mengatasinya. Oleh disebabkan itu, saya mempunyai banyak pengalaman.

Semoga Tae-yong, Jae-hyun dan Jung-woo sihat selalu.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...