Ikuti Kami:

“Sangat Sukar..” – Lee Jaewook Perjelas Sebab Tolak Tawaran ‘Alchemy Of Souls’ Pada Awalnya

“Sangat Sukar..” – Lee Jaewook Perjelas Sebab Tolak Tawaran ‘Alchemy Of Souls’ Pada Awalnya

Ada 2 bahagian, pasti ramai penonton sukar untuk ‘move on’ dari drama “Alchemy of Souls”, kan?

Untuk pengetahuan, bahagian 2 “Alchemy of Souls” baru sahaja tamat pada minggu lalu dan berjaya meraih rating peribadi tertinggi pada episod akhirnya.

Terbaru, pelakon utama siri tersebut iaitu Lee Jae-wook, telah terlibat dengan satu temu bual susulan tamatnya drama berkenaan. Ketika sesi temu bual, pelakon itu berkongsi antara respon penonton yang paling diingatinya iaitu untuk drama tersebut kembali dengan musim ke-3.

Mengenai ini, Lee Jae-wook memberi respon,

Ia menakutkan untuk difikirkan, tetapi saya bersyukur. Ia adalah drama yang panjang untuk pelakon baru seperti saya tetapi semua orang sangat menikmatinya. Saya gembira kerana saya telah menyelesaikan projek besar ini dengan baik.

lee jaewook alchemy of souls

Bukan itu sahaja, Lee Jae-wook turut berkongsi perasaannya selepas ditawarkan untuk memainkan watak utama dalam “Alchemy of Souls”, meskipun baru sahaja bergelar pelakon. Dia berkata,

Pada mulanya saya menolak. Ia sangat sukar dan saya tidak tahu sama ada saya boleh melakukannya dengan baik. Tetapi, saya fikir saya perlu melakukannya dengan fikiran untuk mencabar perkara baru.

Tambah pelakon itu lagi,

Dari sudut pandangan seorang pelakon, saya sangat berpuas hati dengan hasilnya. Saya tidak tahu bila kami para pelakon akan bertemu lagi, tetapi ia bermakna kerana kami dapat menamatkan siri ini dengan baik.

Semoga banyak lagi peluang buat Lee Jae-wook untuk bersinar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...