Ikuti Kami:

“Sangat Berbakat”- Netizen Terkejut Dapat Ketahui Latar Belakang Pendidikan Roh Yoonseo

“Sangat Berbakat”- Netizen Terkejut Dapat Ketahui Latar Belakang Pendidikan Roh Yoonseo

Memandangkan drama “Crash Course in Romance” sedang ditayangkan, pelakon Roh Yoon-seo menjadi perhatian ramai kini.

Baru-baru ini, seorang pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Roh Yoon-seo semakin menjadi sebutan ramai sehingga ada yang mencungkil latar belakang pendidikannya.

Untuk maklumat korang, pelakon itu dilahirkan pada tahun 2000 dan kini dia berusia 23 tahun. Roh Yoon-seo telah membuat penampilan pertamanya dalam drama tvN “Our Blues”. Selepas membintangi drama itu, dia muncul dalam filem “20th Century Girl” di Netflix.

Kini, pelakon itu sedang memainkan watak sebagai Nam Hae-yi dalam drama “Crash Course in Romance” yang merupakan anak kepada Nam Haeng-seon (lakonan Jeon Do-yeon).

Selain melakonkan watak sebagai pelajar sekolah dalam drama tersebut, dia juga mempunyai bakat  luar biasa dan salah satu bakatnya itu adalah melukis. Dia mempamerkan bakatnya itu hanyalah di media sosial sahaja.

Sebenarnya, Roh Yoon-seo mempunyai kelulusan dalam kursus seni halus di Sekolah Menengah Seni Sunhwa dan kini dia sedang belajar di Universiti Perempuan Ewhwa dalam bidang lukisan.

Di sebalik jadualnya yang padat, pelakon ini tidak pernah melupakan minatnya dalam dunia lukisan.

roh yoonseo lukisan

Apabila netizen mengetahui latar belakang akademik pelakon itu, mereka agak terkejut dan meninggalkan komen sokongan buat dirinya.

Antara komen yang diterima oleh peminat Roh Yoon-seo adalah,

Wah, anda sangat berbakat.

 

Lukisan anda benar-benar cantik.

 

Anda benar-benar hebat dalam segala-galanya.

Hebatnya, Roh Yoon-seo pandai melukis dan berlakon pada masa yang sama.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...