Ikuti Kami:

Sambut Ulang Tahun Ke-13 Debut, IU Derma RM3 Juta Buat Golongan Memerlukan

Sambut Ulang Tahun Ke-13 Debut, IU Derma RM3 Juta Buat Golongan Memerlukan

IU ataupun Lee Ji-eun sememangnya terkenal dengan kebaikannya. Meskipun sudah popular, dia langsung tidak lokek untuk memberi kepada golongan yang memerlukan.

Terbaru, wanita genit itu telah telah menderma sebanyak 850 milion won (RM3.012 juta) barangan kepada pelbagai organisasi dan pusat kebajikan bagi menyambut ulang tahun ke-13 di dalam dunia hiburan.

IU mendermakan barangan daripada jenama yang dipromosikannya iaitu,

  • 1,000 pasang kasut New Balance untuk remaja yang sudah menghabiskan tempoh masa di pusat kebajikan
  • 2,000 pizza Banolim untuk kanak-kanak dan remaja di pusat kebajikan
  • 2,000 kot dan pakaian musim sejuk daripada BLACKYAK untuk kanak-kanak dan remaja di pusat kebajikan
  • 300 selimut Evezari dan set salas katil dan sarung bantal untuk pusat perubatan
  • 2,000 kit pertolongan cemas dari Farmaseutikal Kyungding untuk pusat perubatan
  • 30,000 botol air minuman Jeju Samdasoo untuk pusat perubatan

iuMenurut kenyataan agensinya, IU akan membayar separuh daripada tajaan tersebut menggunakan duitnya sendiri di mana ianya bernilai 425 milion won (RM1.5 juta).

Baik kan IU?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...