Ikuti Kami:

Sambut Hari Lahir Ke-38, Agensi Kongsi Foto Comel Hyunbin Semasa Kecil

Sambut Hari Lahir Ke-38, Agensi Kongsi Foto Comel Hyunbin Semasa Kecil

Siapa sangka si kacak Hyunbin sudah pun mencecah usia 38 tahun pada tanggal 25 September ini.

Bagi menyambut hari yang bermakna ini, syarikat naungan pelakon itu iaitu VAST Entertainment telah ‘membelanja’ peminat dengan foto Hyunbin semasa kecil. Comel sangat!

Disajikan dengan dua keping foto, agensi tersebut turut meninggalkan komen yang menghiburkan,

Selamat hari jadi Bin! Bayi comel Tae-pyung (nama sebenar Hyun-bin) yang sudah mencuri hati ramai orang sejak daripada kecil lagi dengan wajahnya yang comel dan membesar menjadi seorang yang kacak dan pelakon Hyun Bin. Sampaikan semua organisma dalam serata alam semesta ini jatuh cinta.

Malahan agensi pelakon itu turut meminta orang ramai menonjolkan rasa cinta kepada Hyunbin dengan mengucapkan selamat hari jadi kepadanya.

Nampak sayang betul agensi VAST dengan Hyunbin, apa pun, selamat hari jadi Hyunbin! Semoga kembali dengan pelbagai lagi naskah yang best.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...