Ikuti Kami:

Sambut Hari Jadi Ke-28, IU Sumbang RM1.8 Juta Buat Golongan Memerlukan

Sambut Hari Jadi Ke-28, IU Sumbang RM1.8 Juta Buat Golongan Memerlukan

IU sememangnya merupakan selebriti yang disukai ramai. Bukan sahaja kerana bakatnya namun dia juga sering dipuji kerana kebaikannya.

Terbaru, bagi menyambut hari kelahirannya yang ke-28 baru-baru ini, IU ataupun Lee Ji-eun telah menderma sebanyak 500 milion won (RM1.823 juta) kepada golongan yang memerlukan.

Antara pertubuhan yang menerima sumbangan tersebut ialah Korea Pediatric Cancer Foundation, Yeoldol (menanggung kanak-kanak dengan penyakit sukar dijumpai), Korean Unwed Mothers’ Families Association, Center for Total Care to Elderly Living Alone, The Purme Foundation, and The Children’s Welfare Association.

iu

Menurut agensinya, IU mengkhabarkan mahu melakukan sesuatu bermakna ketika hari jadinya tersebut memandangkan ia adalah tahun terakhir dia masih berada di dalam lingkungan umur 20-an (mengikut sistem umur Korea) selain ingin berterima kasih kerana menerima sokongan ramai sepanjang dekad umurnya itu.

Baik kan IU?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...