Walaupun mula aktif dalam dunia lakonan sejak tahun 2001 namun nama Song Ji-hyo mula menjadi sebutan ramai apabila membintangi sebagai watak antagonis, Min Hyo-rin dalam drama “Princess Hours” pada tahun 2006.
Berlakon sebagai bekas kekasih Lee Shin (Joo Ji-hoon), dia yang menolak lamaran lelaki itu kerana mahu fokus terhadap kerjaya sebagai penari ballet mula berasa menyesal apabila melihat putera raja itu berkahwin dengan Shin Chae-Kyeong (Yoon Eun-hye). Meskipun membawa watak yang membuatkan penonton ketap gigi tetapi ramai yang jatuh cinta melihat kecantikan Song Ji-hyo.
Tak percaya? Lihat sahaja kecantikan wanita itu ketika zaman “Princess Hours”.
Aduh! Memang lawa sungguh. Patutlah ramai tak boleh membenci Song Ji-hyo walaupun asyik berebut Lee Shin daripada Chae-kyeong.
Rasa macam nak tonton kembali ‘Princess Hours’
Macam mana boleh kekal cantik sampai sekarang?
Walaupun saya bencikan Min Hyo-rin tapi kini saya sangat sukakan Song Ji-hyo
Tak ada beza pun dengan sekarang
Apabila dilihat semula, wajah Song Ji-hyo memang sesuai dengan watak Min Hyo-rin.
Rasanya ramai yang tak boleh lupakan watak Song Ji-hyo dalam “Princess Hours” kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.