Ikuti Kami:

Sama Penulis, ‘The King: Eternal Monarch’ Tak Mampu Lawan Kehebatan Rating ‘DOTS’ & ‘Goblin’

Sama Penulis, ‘The King: Eternal Monarch’ Tak Mampu Lawan Kehebatan Rating ‘DOTS’ & ‘Goblin’

Diam tak diam, antara drama paling mengujakan untuk tahun 2020 iaitu “The King: Eternal Monarch” telah pun melabuh tirainya selepas 16 episod bersiaran. Walaupun dihenyak dengan kemungkinan pengakhiran sedih tetapi nampaknya penonton mampu menarik nafas lega apabila Lee Gon dan Jung Tae-eul bersama juga akhirnya walaupun dalam hubungan jarak jauh yang dipenuhi dengan penggembaraan.

Digarap oleh penulis hebat Kim Eun-sook, ramai orang nyata meletakkan harapan yang tinggi kepada naskhah ini. Melihatkan kejayaan “The Heirs”, “Goblin”, “Descendants Of The Sun”, semua mengagak perkara yang sama akan berlaku pada “The King: Eternal Monarch” tapi nampaknya harapan hanya tinggal harapan.Realiti jelas tidak sama apabila  perbezaan rating meletakkan drama gandingan Lee Min-ho dan Kim Go-eun ini jauh ketinggalan ke belakang.

the king: eternal monarch

Rekod yang dipegang oleh “Descendants Of The Sun” sememangnya satu angka yang sangat mustahil di mana episod akhirnya telah mencatatkan rating 35.3%! “Goblin” juga berjaya mencipta sejarah apabila memegang rekod rating tertinggi bagi saluran kabel selama 3 tahun dengan catatan 18.68% sebelum dipecahkan oleh “Crash Landing On You” dan kemudiannya “The World Of The Married”. Selain itu, “The Heirs” juga menunjukkan taring apabila menutup siri itu dengan rating sebanyak 25.6%.

Disebabkan oleh rekod hebat yang pernah dicipta oleh penulis Kim Eun-sook sebelum ini, rating sederhana di antara 5% ke 8% yang diperolehi oleh “The King: Eternal Monarch” ternyata mengejutkan pelbagai pihak dalam industri drama Korea malahan penonton. Rating tertinggi drama ini direkodkan pada episod keduanya namun hanya mampu meraih 11.6%.

descendants of the sun dan goblin

Ramai yang menebak hal ini berlaku kerana jalan cerita drama fantasi ini yang agak pincang dalam perkembangan plotnya selain banyak babak yang mengelirukan dek elemen dunia selari yang tidak dipersembahkan dengan baik dan jelas.

Bukan itu sahaja, penonton turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan suntingan efek grafik yang kelihatan tidak profesional selain produk pengiklanan seperti paket kimchi, bubble tea dan alat kecantikan yang memenuhi setiap episodnya.

Bahkan segelintir peminat mempersoalkan keserasian di antara watak utama yang nampak tidak padan. Antara persoalan yang sering diajukan ialah bagaimana Lee Gon dan Jung Tae-eul boleh jatuh cinta dalam sekelip mata meskipun baru sahaja berkenalan.

Kritikan demi kritikan ini nyata membuatkan para penonton yang setia pada awalnya mula meninggalkan “The King: Eternal Monarch” untuk naskhah lain.

the king: eternal monarch

Sedar tak sedar, “The King: Eternal Monarch” nampaknya tidak mampu berdiri sebaris dengan naskhah Kim Eun-sook yang lain. Namun siapa yang bersalah dalam hal ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...