Ikuti Kami:

Sama Mula Tayangan, ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Dipuji Tapi ‘Backstreet Rookie’ Dikeji?

Sama Mula Tayangan, ‘It’s Okay To Not Be Okay’ Dipuji Tapi ‘Backstreet Rookie’ Dikeji?

Apabila diumumkan bahawa pelakon hebat iaitu Ji Chang-wook dan Kim Soo-hyun bakal kembali ke pentas lakonan dengan naskhah baru, rata-rata peminat K-Drama melahirkan rasa teruja mereka. Berbeza hanya satu hari tayangan perdana, Ji Chang-wook membuka lembaran baru dengan drama “Backstreet Rookie” manakala Kim Soo-hyun pula menonjolkan kehebatannya dalam “It’s Okay To Not Be Okay”

“Backstreet Rookie” terpalit kontroversi

Pun begitu, drama dibintangi Ji Chang-wook mula menjadi topik perdebatan hangat oleh netizen dek banyak babak di dalamnya yang tidak sensitif meskipun mempunyai had umur 15 tahun dan ke atas. Pada awalnya, penonton dijanjikan dengan kandungan yang mesra keluarga serta berbeza dengan webtoon asalnya “Convenience Store Saet-byul” yang bertema dewasa.

Namun ramai penonton yang berasa seperti ditipu apabila terdapat banyak adegan yang menimbulkan tanda tanya sama ada ia sesuai untuk ditonton oleh individu bawah umur. Antara babak yang menerima kecaman ramai ialah apabila watak Kim Yoo-jung yang merupakan pelajar sekolah telah mencium watak Ji Chang-wook yang merupakan seorang lelaki dewasa menghampiri usia 30-an. Selain itu, babak pelacuran dan teknik kamera yang seperti mengobjektifikasikan perempuan turut menerima cacian penonton.

Walaubagaimanapun, episod kedua “Backstreet Rookie” menampakkan penambahbaikan dari segi plot cerita dan penonton sepertinya mula menerima naskhah tersebut dan memujinya.

ji changwook dan kim yoojung berbeza umur 12 tahun

“It’s Okay To Not Be Okay” dapat respons positif

Kepulangan Kim Soo-hyun sememangnya sudah lama dinantikan. Hampir 5 tahun menyepikan diri daripada dunia K-Drama, berita lelaki ini bakal membintangi drama “It’s Okay To Not Be Okay” nyata disambut baik oleh ramai peminat.

Kisah romantik dengan elemen psikologi berat ini menceritakan nasib seorang lelaki iaitu Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun) yang tidak mampu mencintai sesiapa kerana bebanan hidup. Namun pengenalan dengan Go Mun-yeong (Seo Ye-ji), seorang penulis buku cerita kanak-kanak yang mempunyai masalah anti-sosial merubah segalanya.

Bukan itu sahaja, kisah hubungan yang rapat di antara Gang-tae dan abangnya iaitu Sang-tae (Oh Jung-se) yang mempunyai masalah dalam spektrum autisme (ASD) turut menarik perhatian penonton bagi melihat perkembangan di antara kesemua watak tersebut.

Tak cukup dengan itu, pujian membanjiri drama tersebut kerana ia dilengkapi dengan sinematografi dan suntingan efek grafik yang cantik sehingga membuatkan semua merasakan seperti mereka berada dalam cerita dongeng.

it's okay to not be okay

Masih boleh dibaiki

Selepas dikaji, kedua-dua drama ini meraih rating yang agak baik untuk permulaannya iaitu dalam linkungan 5% ke 6%. Meskipun “Backstreet Rookie” bermula dengan kritikan yang hebat namun ramai yang berharap agar perkembangan plotnya nanti tidak menghampakan. Kim Soo-hyun pula menerima pujian kerana memilih watak yang sesuai dengan gaya lakonannya.

Baru sahaja dua episod ditayangkan, jadi masih awal untuk menjatuhkan hukuman kepada kedua-dua drama itu. Banyak perubahan yang mungkin berlaku pada masa akan datang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...