Ikuti Kami:

Sama Kediaman Dengan G-Dragon, Lee Jongsuk Beli Villa Mewah Di Hannam Bernilai RM17 Juta

Sama Kediaman Dengan G-Dragon, Lee Jongsuk Beli Villa Mewah Di Hannam Bernilai RM17 Juta

Kadang-kadang apabila melihat rumah kediaman yang dimiliki oleh selebriti Korea, sudah pasti ramai yang akan terkejut. Malah anda pasti tak akan dapat menutup mulut apabila mendapat tahu pelakon Lee Jong-suk baru sahaja membeli sebuah villa mewah di ‘Nine One Hannam’.

Menurut laporan eksklusif itu, lelaki itu membeli sebuah duplex di kejiranan mewah tersebut yang terletak di Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul. Selain itu Lee Jong-suk telah membayar deposit sewa sebanyak 4.5 bilion won (RM15.8 juta) untuk kediaman yang sebesar 264 meter persegi itu. Manakala villa tersebut difahamkan berharga 4.5 bilion won (RM17.5 juta).

nine one hannam

Kalau anda nak tahu, kebanyakan selebriti sukakan kondisi villa tersebut yang peribadi selain mempunyai banyak fasiliti yang membantu melindungi privasi penduduknya. Bahkan ramai selebriti yang tinggal di ‘Nine One Hannam’ seperti G-Dragon (BIG BANG), pelakon Ju Ji-hoon dan penyanyi Jang Yoon-jung.

Dalam maklumat lain, Lee Jong-suk dikhabarkan telah mendapat keuntungan sebanyak 2.05 bilion won (RM8.7 juta) selepas menjual bangunan miliknya yang terletak di Sinsa-dong, Gangnam-gu, Seoul yang dibelinya pada tahun 2016 dengan harga 3.9 bilion won (RM13.6 juta).

Fuhh! Bukan biasa-biasa kediaman yang diduduki oleh para selebriti ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...