Ikuti Kami:

“Sama Betul!” – Lee Kwangsoo Pun Setuju Peserta Rancangan Realiti Di China Seiras Dengannya

“Sama Betul!” – Lee Kwangsoo Pun Setuju Peserta Rancangan Realiti Di China Seiras Dengannya

Mungkin betul bila ada yang cakap bahawa terdapat 7 orang dalam dunia ini yang mempunyai muka yang serupa. Sebabnya Lee Kwang-soo sendiri dah jumpa salah seorang daripada mereka!

Kisah bermula dalam episod “Running Man” baru-baru ini apabila Yoo Jae-suk memulakan usikannya dengan mengatakan bahawa kononnya ‘Lee Kwang-soo’ telah muncul dalam sebuah rancangan realiti popular di China.

Kalau anda nak tahu, baru-baru ini heboh di serata laman media sosial apabila tangkapan skrin seorang peserta rancangan survival idola “We Are Young” bernama Weng Yuqing yang mempunyai iras dengan pelakon Korea itu.

lee kwangsoo iras weng yuqing

Bahkan belum sempat Yoo Jae-suk menghabiskan ayatnya lagi, Lee Kwang-soo sendiri mengakui hal tersebut dengan ‘cool’nya.

Saya setuju dengannya.

Bahkan ahli “Running Man” yang lain pun turut terpana apabila melihat wajah mereka berdua yang saling tak tumpah selepas diletakkan secara bersebelahan.

Seriuslah? Sama betul!

lee kwangsoo iras weng yuqing

Ji Suk-jin semakin galak mengusik apabila dia mengatakan bahawa peserta rancangan itu nampaknya lebih kacak daripada Lee Kwang-soo sendiri.

Tapi sayangnya apabila perbualan mengenai insiden kelakar ini nampaknya dipotong daripada episod tersebut sebab penonton langsung tidak dapat melihatnya secara lagsung melainkan apa yang ditulis menerusi artikel atas talian sahaja.

Ruginya! Mesti pecah perut kalau dapat lihat reaksi Lee Kwang-soo selain ahli lain sakan ‘membahan’ dia.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...