Ikuti Kami:

Saji Kisah Ibu Baru Yang Perit & Menghiburkan, ‘Birthcare Center’ Mula Dengan Rating Baik

Saji Kisah Ibu Baru Yang Perit & Menghiburkan, ‘Birthcare Center’ Mula Dengan Rating Baik

Seronok rasanya bila K-Drama menyajikan drama unik buat tatapan penonton seperti “Birthcare Center” yang baru sahaja ditayangkan baru-baru ini.

Sinopsis ringkas

Oh Hyun-jin (Uhm Ji-won) ialah seorang eksekutif muda di syarikatnya dan merupakan seorang yang serba boleh namun menemui satu kelemahan apabila melahirkan anak pertamanya. Bagi menguruskan keadaan dirinya selepas bersalin, dia telah memasuki sebuat pusat penjagaan selepas bersalin dan wanita itu semakin berasa kecil apabila melihat ibu-ibu lain yang pandai menjaga anak mereka. Bahkan, Oh Hyun-jin juga merupakan yang paling tua di pusat tersebut. Di situ, dia mengenali Jo Eun-jung (Park Ha-sun) yang menjadi ‘guru’ kepada ibu lain dek pengetahuannya yang banyak. Bersama-sama mereka mempelajari mengenai dunia membesarkan anak.

episod awal birthcare center

Tayangan awal tarik perhatian penonton

[Amaran SPOILER]

Siapa sangka drama yang membawa temu kehidupan ibu ini merupakan sesuatu yang sangat menarik dan menghiburkan? Melihatkan ibu bekerjaya yang langsung tak tahu mneguruskan anak baru lahir dan ibu yang bersedia 100% sebelum bersalin, nampak pelbagai karekteristik yang menarik dalam “Birthcare Center”.

episod awal birthcare center

Bukan itu sahaja, watak ayah juga merupakan ‘kunci’ menarik dalam drama ini terutama sekali watak yang dibawa Yoon Park iaitu ayah yang berdedikasi dan memastikan bahawa isterinya merasa selesa selepas bersalin. Pun begitu, “Birthcare Center” turut tidak terlepas menyelit kisah penat lelah seorang ibu semasa dan selepas bersalin. Babak-babak ini mengungkapkan banyak perkara yang tidak dapat diluahkan oleh ibu di luar sana.

episod awal birthcare centerSPOILER Tamat]

Rating baik

“Birthcare Center” berjaya membuat kemunculan dalam lingkungan rating yang baik apabila episod pertamanya mencatatkan rating sebanyak 4.186% manakala ia berada di sekitar catatan yang sama pada episod kedua iaitu 4.044%. Nampaknya ia mungkin akan terus meningkat nanti!

Jangan lupa saksikan drama ini hanya di tvN pada setiap Isnin dan Selasa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...