Ikuti Kami:

Sah Sertai ‘Voice 4’, Penonton Teka Lee Kyuhyung Bakal Bawa Watak Antagonis?

Sah Sertai ‘Voice 4’, Penonton Teka Lee Kyuhyung Bakal Bawa Watak Antagonis?

Bakal memasuki musim ke-4 tak lama lagi, ramai yang tertanya-tanya siapakah yang akan melakonkan watak antagonis dalam musim terbaru “Voice” nanti.

Selepas Kim Jae-wook, Kwon Yool, Park Byung-eun dalam musim sebelum ini, khabarnya Lee Kyu-hyung bertanggungjawab untuk menghidupkan watak jahat dalam musim ke-4 nanti. Walaubagaimanapun, pihak produksi “Voice 4” memilih untuk tidak mendedahkan karakternya,

Lee Kyu-hyung bakal muncul dalam ‘Voice 4’. Sila lihat wataknya menerusi tayangan nanti.

Musim terbaru ini akan membawa penonton menyaksikan pasukan “Golden Time” berlawan dengan seorang pembunuh zalim yang mempunyai kelebihan pendengaran yang lagi hebat daripada mereka.

Lee Ha-na akan kembali memegang watak Kang Kwon-joo, seorang profiler suara yang sering menyelamatkan orang lain manakala Song Seung-heon pula akan melakonkan watak Derek Jo iaitu ketua unit di Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) yang tanpa disangka bekerjasama dengan pasaukan ‘Golden Time’. Lelaki itu juga digambarkan sebagai seorang yang mementingkan kesempurnaan dan tidak boleh menerima sebarang kesilapan walaupun kecil.

Wow, boleh tahan mantap pelakon untuk musim ke-4 “Voice” kan? Nantikan episod pertamanya di OCN pada 18 Jun nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...