Ikuti Kami:

Runut Bunyi ‘Hospital Playlist’ Penuhi Carta Muzik, Band ‘Mido & Falasol’ Bakal Buat Persembahan Live 4 Jun Nanti

Runut Bunyi ‘Hospital Playlist’ Penuhi Carta Muzik, Band ‘Mido & Falasol’ Bakal Buat Persembahan Live 4 Jun Nanti

Meskipun musim pertama “Hospital Playlist” sudah pun menamatkan tayangannya, tetapi masih ramai lagi yang belum ‘move on’ dengan drama perubatan yang mengusik jiwa ini.

Hal ini dibuktikan apabila hampir kesemua runut bunyi yang menghiasi naskhah ini masih lagi memenuhi carta lagu di Korea. Bahkan lagu-lagu tersebut duduk selesa di tangga 10 teratas. Hebat.

drama hosiptal playlist

“Me To You, You To Me” yang didendangkan oleh kumpulan Mido & Falasol (Jo Jung-suk, Yoo Yeon-seok, Jung Kyung-ho, Kim Dae-myung dan Jeon Mi-do) berjaya menduduki tangga pertama di beberapa carta muzik seperti Genie, Bugs dan Soribada. Lagu ini menggambarkan persahabatan lima sekawan ini selama 20 tahun selain turut menjanjikan kepulangan mereka dalam musim kedua nanti.

“I Knew I Love” nyanyian Jeon Mi-do sendiri turut berada di tangga pertama sudah lebih seminggu.

Lagu “Aloha” yang dinyanyikan semual oleh Jo Jung-suk berada di tangga ke-3.

“Introduce Me to a Good Person” dendangan Joy daripada kumpulan Red Velvet turut berada di dalam carta muzik Korea di tangga ke-9.

“Confession Is Not Flashy” nyanyian Kyu-hyun daripada kumpulan Super Junior pula berada di tangga ke-10.

Saksikan persembahan live band ‘Mido & Falasol’

Peminat tegar drama “Hospital Playlist” pasti mengetahui bahawa lima sahabat (Jo Jung-suk, Yoo Yeon-seok, Jung Kyung-ho, Kim Dae-myung dan Jeon Mi-do) ini mempunyai band sendiri yang dinamakan sebagai ‘Mido & Falasol’.

Bagi mengubati rindu peminat mereka, band ini akan melakukan persembahan secara ‘live’ menerusi laman Youtube PD Na Yeong-seok (채널 십오야) selepas episod istimewa drama itu ditayangkan dalam slot waktu yang sama pada 4 Jun nanti!

Seronoknya tengok mereka berkumpul nanti!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...