Ikuti Kami:

‘Running Man’ Sambut Hari Jadi Ke-37 Jeon Somin Di Set Rakaman

‘Running Man’ Sambut Hari Jadi Ke-37 Jeon Somin Di Set Rakaman

Sedar tak sedar, Jeon So-min sudah pun 6 tahun bersama program “Running Man”.

Meskipun lewat menyertai rancangan popular di serata Asia Tenggara itu namun ahli termuda itu nyata merupakan individu penting yang memastikan setiap episod bersinar dek personalitinya yang unik.

Terbaru, kesemua staf dan ahli “Running Man” nampaknya sempat menyambut hari jadi ke-37 pelakon wanita itu di set penggambaran.

jeon somin

Malah Jeon So-min dilihat memuat naik gambar kek yang diterimanya dengan ucapan,

Sayang ‘Running Man’, comel sangat.

Untuk pengetahuan, wanita itu memulakan karier lakonan menerusi drama “Miracle” pada tahun 2004. Kemudian, dia membintangi pelbagai siri popular seperti “East Of Eden”, “Princess Aurora”, “Something About 1%”, “Show Window” dan banyak lagi. Jeon So-min kini turut aktif dalam pelbagai rancangan hiburan seperti “Running Man”, “Skip” dan “The Sixth Sense”.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...