Ikuti Kami:

Rumah Cuba Dimasuki, Pihak ‘Hometown Cha Cha Cha’ Beri Notis Buat Pengunjung Set Penggambaran

Rumah Cuba Dimasuki, Pihak ‘Hometown Cha Cha Cha’ Beri Notis Buat Pengunjung Set Penggambaran

Dek terlalu popular, ramai yang mahu melawat kawasan penggambaran drama “Hometown Cha Cha Cha”. Kalau anda perasan, banyak video yang dimuat naik di TikTok dan platform media sosial lain yang menunjukkan ramai peminat berada di perkampungan itu.

Mungkin kerana keadaan yang tak terkawal, produser drama berkenaan telah menaikkan notis dan meminta peminat supaya tidak melawat perumahan yang digunakan sebagai tempat penggambaran itu.

Di dalam notis itu, pihak “Hometown Cha Cha Cha” menjelaskan bahawa rumah yang digunakan oleh watak di dalamnya mempunyai pemilik sebenar dan mereka hanya menyewa sepanjang tempoh penggambaran.

kim seonho hometown cha cha cha

Oleh kerana pemilik sebenar rumah ini mengalami kesukaran kerana pelawat yang cuba memasuki kediaman mereka, pihak drama popular itu meminta semua supaya menjauhkan diri daripada tempat tersebut dan memberi cadangan supaya melawat tempat menarik lain di Pohang (kawasan penggambaran itu).

Hello, ini ialah pihak produksi “Hometown Cha Cha Cha”.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penonton kerana memberikan kasih sayang yang banyak dan kami juga ingin membuat satu permintaan mengenai lawatan ke kawasan penggambaran.

Rumah Hye-jin, rumah Du-shik, rumah Gam-ri dan rumah Cho-hee di dalam drama itu merupakan kediaman yang disewa untuk tujuan penggambaran sepanjang tempoh rakaman kami dan buat masa ini, pemilik sebenar sedang mendiaminya.

Mereka membantu drama kami dengan niat yang baik, namun kesemuanya terbeban dek gangguan terhadap kehidupan seharian mereka kerana pelawat. Seperti yang telah dinyatakan di atas, kami meminta anda supaya tidak memasuki rumah berkenaan.

Sebagai tanda penghargaan kepada semua yang mahu merasai suasana drama ini, bandar Pohang akan mengekalkan patung sotong di Pasar Cheongha dan bot di Tamat Peringatan Sabang walaupun penggambaran sudah selesai.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan buat ‘Hometown Cha Cha Cha’.

Kesian penduduk di perkampungan tersebut.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...