Kalau sesiapa yang rajin tonton “Running Man”, pasti tahu bahawa sekarang ini Sechan dan Somin sepertinya sedang berbunga-bunga kasih. Walaupun Somin mengorat secara langsung tapi nampak gayanya seperti Sechan masih lagi malu-malu. Ahli yang lain juga turut sama ‘naik’ dalam menggembar-gemburkan kisah cinta mereka ini!
Dalam episod terbaru ini, Somin telah ‘membahan’ seluar jeans yang disarungkan oleh Sechan sebagai kelakar kerana gayanya yang seakan terbalik. Song Jihyo walau bagaimanapun telah mengusik pula Somin, “Gaya seperti berpasangan!” sambil menegur baju panasnya yang mempunyai stail yang sama dengan lelaki itu.
Yoo Jaesuk yang melihat insiden ini terus mengungkit kisah antara Somin dan Sechan yang disaksikannya sebelum penggambaran pada hari itu bermula. Dia menceritakan bahawa Somin telah menyoal Sechan alasan dia tidak menghadirkan diri di gereja kelmarin lantas lelaki itu pun membalas bahawa dia mempunyai urusan lain.
Yang kelakarnya apabila Somin terus membalas, “Ruginya awak, saya sangat cantik semalam!”
Kesemua ahli “Running Man” yang lain terus ketawa kuat setelah mendengar cerita itu dan terus mengusik mereka berdua. Yoo Jaesuk turut menambah bahawa dia kagum dengan respons ‘menangkap’ Somin itu.
Nah! Tonton momen kelakar itu di sini.
Sumber: Soompi