Ikuti Kami:

Rugi Banyak Dek Kes Buli, Produksi ‘River Where The Moon Rises’ Saman Jisoo & Agensi Lebih RM11 Juta

Rugi Banyak Dek Kes Buli, Produksi ‘River Where The Moon Rises’ Saman Jisoo & Agensi Lebih RM11 Juta

Disebabkan oleh masalah yang dihadapi oleh drama “River Where The Moon Rises” dek kes buli Jisoo, nampaknya syarikat produksi drama tersebut telah bertindak menyaman pelakon tersebut dan agensinya sebanyak 3 billion won (RM11.01 juta).

Kami telah menfailkan saman pembayaran pampasan terhadap KeyEast di Mahkamah Daerah Seoul Tengah bagi menuntut sebahagian daripada kerugian yang dialami.

Seperti yang anda semua tahu, ini ialah berkaitan dengan kontroversi kes buli Jisoo dari KeyEast. Agensi tersebut dan Jisoo telah menandatangani kontrak lakonan dengan kami untuk ‘River Where The Moon Rises’ dan drama tersebut telah menerima perhatian yang bayak daripada penonton sejak awal tayangannya pada 15 Februari 2021.

Namun pada Mac 2021, terdapat laporan yang mendakwa Jisoo terlibat dalam kes keganasan di sekolah. Bukan sahaja bergaduh dengan pelajar, tapi juga peras ugut, ujian proksi, jenayah seksual dan juga banyak perkara buruk yang susah untuk dinyatakan. Jisoo dan KeyEast mengakui kesalahannya dan membuat keputusan untuk mengundur diri daripada ‘River Where The Moon Rises’.

‘River Where The Moon Rises’ yang sedang dalam proses pra-produksi pada ketika itu, dan sudah pun hampir menamatkan penggambaran. Pun begitu, selepas pelakon diganti, kami terpaksa merakam semula kesemua babak Jisoo. Kos produksi untuk drama ini adalah besar dan kos tambahan yang perlu ditanggung juga adalah banyak disebabkan oleh rakaman semula. Tapi kami membuat keputusan untuk merakamkan semula episod 1 ke 6 dek janji yang dibuat kepada penonton di mana kami akan menyajikan projek yang lengkap. Janji ini bukan sahaja terhadap penonton domestik tapi juga kepada penonton global. Oleh kerakan gelombang Hallyu tidak boleh dimusnahkan hanya kerana satu kes keganasan di sekolah.

Walaubagaimanapun, kami terbeban dengan kerugian dek isu ini, daripada kos kakitangan, lokasi, bayaran alatan, bayaran pelakon, bayaran seni dan banyak lagi. Kami juga melalui kesusahan lain yang mungkin akan memberi kesan untuk jangka masa panjang seperti penurunan rating, aduan pengedar luar negara, penurunan jualan dan kerosakan kepada imej syarikat.

Bagi menutup kerosakan ini secepat mungkin dan memberi fokus bagi menghasilkan drama yang baik, kami juga berunding dengan KeyEast berkaitan pampasan namun ianya tidak berjaya kerana agensi tersebut tidak memberi kerjasama.

Kami ini mengakhiri saman ini dan menerima pampasan secepat mungkin, dan kami juga akan terus berusaha keras bagi memastikan stesen penyiaran dan penonton di seluruh dunia supaya dapat menonton program yang padat dan sihat.

Hmmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...