Ikuti Kami:

Rowoon SF9, Seolhyun AOA & Cha Eunwoo ASTRO Akan Jadi MC Di 2021 ‘KBS Gayo Festival’

Rowoon SF9, Seolhyun AOA & Cha Eunwoo ASTRO Akan Jadi MC Di 2021 ‘KBS Gayo Festival’

Rowoon SF9, Seol-hyun AOA dan Chan Eun-woo ASTRO bakal bergandingan bersama sebagai MC bagi acara akan datang, 2021 ‘KBS Gayo Festival’!

Rowoon sebelum ini pernah muncul sebagai MC khas pada program muzik seperti ‘Inkigayo’, ‘The Show’, dan ‘M! Countdown’. Namun, acara ini akan menjadi acara akhir tahun yang pertama Rowoon terlibat sebagai pengacara.

Seol-hyun AOA pula sebelum ini pernah terlibat sebagai MC di 2016 ‘KBS Gayo Daejun’, 2018 ‘KBS Entertainment Awards’ dan banyak lagi. Pengalaman Seol-hyun sebagai pengacara sebelum ini sering dipuji oleh penonton.

Selain itu, Cha Eun-woo juga telah mengacara ‘KBS Gayo Festival’ selama dua tahun berturut-turut. Tahun lepas, dia telah bergandingan sebagai MC dengan penyanyi Yun-ho U-KNOW dan pelakon Shin Ye-eun.

kbs gayo festival Tidak seperti tahun lepas, apabila acara itu diadakan tanpa penonton kerana pandemik COVID-19 di seluruh dunia, pada tahun ini pula, penonton akan dibenarkan menyertai acara ini secara luar talian.

Penonton akan dibenarkan masuk dengan mengikuti segala peraturan dan garis panduan COVID-19 yang disediakan oleh KBS.

2021 ‘KBS Gayo Festival’ akan berlangsung pada 17 Disember ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...