Ikuti Kami:

Rowoon Dilamar Terajui Drama Bersejarah ‘Yeonmo’ Disamping Park Eunbin

Rowoon Dilamar Terajui Drama Bersejarah ‘Yeonmo’ Disamping Park Eunbin

Khabarnya, Rowoon (SF9) telah menerima tawaran untuk berlakon drama bersejarah “Yeonmo” di samping Park Eun-bin.

Berdasarkan daripada sebuah komik Korea, “Yeonmo” menceritakan kisah seorang raja yang dilupakan dan tidak wujud dalam mana-mana sejarah. Raja ini juga terpaksa menyembunyikan kenyataan bahawa dia sebenarnya adalah seorang wanita. Drama ini akan menonjolkan kisah romantik mendebarkan di antara raja wanita dan watak kacak di sekelilingnya di dalam kawasan yang bahaya dan tegas.

rowoon sf9

Menurut agensi Rowoon,

Dia ada menerima tawaran untuk membintangi ‘Yeonmo’, dan ianya merupakan salah satu projek yang sedang ditelitinya. Buat masa ini, dia sedang memberi fokus kepada penggambaran drama ‘She Will Never Know’.

Park Eun-bin ditawarkan untuk membawa watak Raja Lee Hwi, manakala Rowoon pula dilamar untuk berlakon sebagai cinta pertama raja tersebut iaitu Jung Ji-woon. Lelaki itu merupakan seorang yang sangat optimistik dan moto hidupnya adalah untuk sentiasa bergembira.

Makin mencurah-curah ‘job’ lakonan buat Rowoon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...