Ikuti Kami:

“Roti Na Heedo” – Jualan Roti ‘Bredaum’ Naik 3 Kali Ganda Lepas Muncul Dalam ‘Twenty Five Twenty One’

“Roti Na Heedo” – Jualan Roti ‘Bredaum’ Naik 3 Kali Ganda Lepas Muncul Dalam ‘Twenty Five Twenty One’

“Twenty Five Twenty One” adalah salah satu drama yang sedang menjadi bualan kini.

Pada salah satu episod drama tersebut, watak Na Hee-do (Kim Tae-ri) dilihat menghulurkan 2 bungkus roti kepada kedua rakannya Seung-wan (Lee Joo-myung) dan Ji-ung (Choi Hyun-wook). Pada awalnya, Seung-wan mengejek Na Hee-do,

Adakah pemenang pingat emas Sukan Asia mengumpul stiker?

twenty five twenty one

Apabila Seung-wan melihat Hee-do, dia serta merta mengubah reaksinya dan terus memberikan pelekat di dalam bungkusan roti itu kepadanya. Hee-do yang menerima pelekat daripada Seung-wan dan Ji-ung, terus tersenyum gembira. Selain itu, juga terdapat beberapa babak lain yang menunjukkan bahawa Hee-do kerap membeli roti ‘Bredaum’ itu, semata-mata untuk mengumpul stiker yang diletakkan dalam bungkusan roti tersebut.

Berkat kepopularitian drama ini, 7-Eleven memaklumkan bahawa jualan roti ‘Bredaum’ yang didedahkan dalam “Twenty Five Twenty One” telah melonjak tiga kali ganda. Di samping itu, dalam kedudukan jualan roti keseluruhan 7-Eleven, tiga item ‘Bredaum’ yang mengandungi pelekat di dalamnya telah menduduki tempat ke-2-4, selepas roti Pokemon.

na heedo twenty five twenty one

Sekadar info, ‘Breadaum’ ialah jenama bakeri premium yang dilancarkan oleh 7-Eleven di Korea Selatan pada April tahun lalu. Terdapat sejumlah 3 produk yang termasuk pelekat, iaitu Sos Sweet Castella, Daldal Cream Bread dan Brioche Sweet Red Bean Bun. Bagi rasa 24 Double Mont Blanc Pastry, yang disiarkan baru-baru ini dalam drama tersebut, akan dikeluarkan kemudian.

Kalau kat Malaysia ada jual, mesti semua orang dah serbu 7-Eleven!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...