Ikuti Kami:

Rosé BLACKPINK Disahkan Positif COVID-19 & Akan Batalkan Beberapa Aktiviti Luar Negara

Rosé BLACKPINK Disahkan Positif COVID-19 & Akan Batalkan Beberapa Aktiviti Luar Negara

Rosé BLACKPINK telah diuji positif COVID-19 dan akan membatalkan beberapa aktivitinya di luar negara.

YG Entertainment telah berkongsi maklumat tersebut dalam kenyataan seperti berikut:

Ini adalah YG Entertainment.

Rosé telah menjalani ujian PCR COVID-19 pada 28 Februari sebelum berlepas ke luar negara dan dia disahkan positif. Ini akan menyebabkan beberapa aktivitinya di luar negara dibatalkan.

Ahli BLACKPINK yang lain semuanya telah diuji negatif dan mereka bersama kakitangan mereka tidak melaporkan sebarang gejala. Keempat-empat ahli BLACKPINK telah melengkapkan vaksinasi mereka dan kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan artis kami dan kakitangan di sekeliling mereka mengekalkan kesihatan terbaik mereka.

Kami amat menghargai jika anda menyokong Rosé dan pemulihannya yang cepat serta semua ahli BLACKPINK yang aktif di seluruh dunia. Kami akan memberikan kemas kini selanjutnya pada masa hadapan.

rosé blackpink

Semoga cepat sembuh Rosé!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...