Ikuti Kami:

‘Romantic Doctor Kim’ Kembali Untuk Musim Kedua Dengan Muka Baru, Lee Sungkyung & Ahn Hyoseop!

‘Romantic Doctor Kim’ Kembali Untuk Musim Kedua Dengan Muka Baru, Lee Sungkyung & Ahn Hyoseop!

Siapa pernah tonton drama popular ‘Romantic Doctor Kim’ yang ditayangkan pada hujung 2016 sehingga awal tahun 2017? Naskhah ini mendapat perhatian ramai semasa tayangannya kerana gambaran hal perubatan profesional yang sangat realistik selain mesej tersiratnya yang menyentuh hati.

Gabungan pelakon terkenal seperti Han Sukkyu, Yoo Yeonseok dan Seo Hyunjin ternyata membawa tuah kerana drama ini begitu popular sehingga mencapai rating hampir 30 peratus semasa tayangannya!

romantic doctor kim

Selepas tamat bersiaran, ramai penonton yang mahukan sambungan kepada drama itu. Tak puas katanya! Berita gembira untuk anda semua kerana musim terbaru drama ini akan kembali ke kaca televisyen anda pada Januari 2020. Walaupun teraju utama ‘Romantic Doctor Kim’ iaitu Han Sukkyu akan kembali mengemudi drama ini, tapi sayangnya teraju utama yang lain akan digantikan dengan pelakon baru.

Watak baru yang akan diperkenalkan dalam drama itu ialah pelakon comel yang terkenal menerusi drama ‘Weighlifting Fairy Kim Bokjoo’ iaitu Lee Sungkyung serta Ahn Hyo Seop yang menempa nama dalam drama ‘30 But 17′.

ahn hyoseop lee sungkyung romantic doctor kim 2

Han Sukkyu kekal dengan wataknya sebagai si genius Teacher Kim manakala Lee Sungkyung akan membawa watak sebagai Cha Eunjae, seorang doktor tahun dua dalam jabatan pembedahan kardio yang sangat suka belajar dan dikenali sebagai pelajar contoh. Ahn Hyoseop pula akan membawa watak Seo Woojin iaitu seorang doktor tahun dua yang sinis dan tidak percayakan kebahagiaan. Dia mempunyai kemahiran dan bakat yang sangat hebat dalam konsentrasi ketika menjalani pembedahan.

Walaupun sedih kerana tiada lagi gandingan Seo Hyunjin dan Yoo Yeonseok, tapi sama-sama kita nantikan apa keserasian yang bakal dibawakan oleh Lee Sungkyung dan Ahn Hyoseop! Mungkin mereka lagi sweet daripada teraju asal? Siapa tahu kan? Jadi kita tunggu tayangan rasmi pada Januari 2020 nanti!

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...