Semakin popular selepas membintangi drama seperti “Our Blues” dan “Crash Course In Romance”, Roh Yoon-seo kini turut menjadi rebutan produser program hiburan.
Terbaru, pelakon itu telah menyertai “Running Man” sebagai tetamu untuk episod istimewa “Akademi Pengalah Hiburan” yang diinspirasikan daripada drama lakonannya.
Pertama kali menjejakkan kaki ke dunia hiburan, Roh Yoon-seo nyata tidak dapat menyembunyikan perasaan gementar.
Merupakan pelajar Pengajian Barat di Universiti Perempuan Ewha, rata-rata ahli lain nyata terkejut apabila pelakon itu mengakui bahawa dia memilih untuk ke rakaman “Running Man” dari menyertai acara graduasi yang berlangsung pada hari yang sama,
Saya akan ke sana esok untuk mengambil gambar. Saya benar-benar mahu datang ke ‘Running Man’ sebab itu saya menolak jadual lain.
Usik Ji Suk-jin,
Benar pilihan awak. Bukankah ini sebahagian daripada kerja? Kalau dapat panggilan maknanya pilihan yang betul adalah kena bekerja.
Ahli “Running Man” yang lain mula mengkritik lelaki tua itu kerana ketegasannya namun Roh Yoon-seo hanya bersetuju dan tersenyum malu kerana cuba menyesuaikan diri dengan suasana yang asing buatnya itu.
Berdedikasinya Roh Yoon-seo!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉