Ikuti Kami:

RM & Jin BTS Disahkan Positif COVID-19

RM & Jin BTS Disahkan Positif COVID-19

Selepas Suga, Jin dan RM pula disahkan positif COVID-19 kini.

Berikut ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh Big Hit Music iaitu agensi BTS,

Ini ialah Big Hit Music.

Ahli BTS RM dan Jin telah didiagnos dengan COVID-19 pada petang Sabtu, 25 Disember.

Selepas pulang pada Jumaat (17 Disember) dari Amerika Syarikat dek menjalani jadual peribadinya, RM telah menjalani ujian PCR dan didapati negatif lantas melalui kuarantin kendiri seperti yang diwajibkan oleh prosedur kawalan COVID-19. Pun begitu, dia menjalani ujian PCR pada hari ini sebelum pelepasan kuarantin dan didapati positif COVID-19. Dia tidak menunjukkan sebarang simptom buat masa ini.

Jin kembali ke Korea pada Isnin (6 Disember) dan menjalani ujian PCR semasa kepulangan dan sekali lagi sebelum dilepaskan dari kuarantin dan didapati negatif pada kedua-dua ujian. Pun begitu, dia mengalami simptom seperti selsema pada tengah hari ini dan menjalani ujian PCR dan didapati positif COVID-19. Dia menunjukkan simptom sederhana seperti demam ringan dan sedang melalui rawatan sendiri di rumah.

RM dan Jin sudah pun menyelesaikan dos kedua vaksin COVID-19 pada lewat Ogos dan sedang melalui rawatan kendiri di rumah mengikut aturan pihak kesihatan. Kedua mereka tidak mempunyai kontak dengan ahli lain selepas pulang dari Korea.

Agensi kami akan terus menyediakan sokongan untuk kesembuhan RM dan Jin dan meletakkan keutamaan bagi keselamatan dan kesihatan artis kami. Kami akan terus bekerjasama dengan permintaan dan peraturan pihak kesihatan.

Terima kasih.

rm jin covid1-9

Harap mereka baik-baik sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...