Ikuti Kami:

RM BTS Jadi Artis Solo Korea Paling Lama Duduki Carta Billboard 200 Dengan Album ‘Indigo’

RM BTS Jadi Artis Solo Korea Paling Lama Duduki Carta Billboard 200 Dengan Album ‘Indigo’

Nampaknya, album RM BTS “Indigo” masih lagi mengekalkan kedudukannya di carta Billboard 200 sehingga kini.

Menurut carta Billboard, album RM BTS “Indigo” telah menduduki tempat ke-193 dalam carta album utama AS ‘Billboard 200’ untuk minggu ini.

Pada mulanya, album tersebut berada di tempat ke-15 dalam carta dan naik ke no.3 pada minggu keduanya. Selepas itu, ia berjaya mengekalkan kedudukan dalam carta Billboard 200 selama 6 minggu sehingga kini.

Untuk pengetahuan, RM BTS adalah artis Korea pertama yang berjaya mengekalkan kedudukan paling lama dalam carta Billboard berkenaan dengan album “Indigo”.

RM BTS Indigo

Selain itu, album “Indigo” ini berjaya memecahkan rekod album debut Na-yeon TWICE “IM NAYEON” yang berada di carta selama 5 minggu.

Tahniah RM BTS!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...