Ikuti Kami:

Rindu Peminat Di Malaysia, Henry Lau Kongsi Sedang Bercuti Di Pulau Pinang Kini

Rindu Peminat Di Malaysia, Henry Lau Kongsi Sedang Bercuti Di Pulau Pinang Kini

Mengejutkan ramai peminat di Malaysia, penyanyi Henry Lau berkongsi bahawa dia sedang berada di Pulau Pinang kini.

Terbaru pada 7 Februari, Henry Lau telah memuat naik beberapa fotonya di laman Instagram, dengan kapsyen yang ditulis,

Akhirnya cahaya matahari! Wassup Malaysia! Saya hanya di sini untuk sehari tetapi saya akan kembali tak lama lagi! Saya rindu awak semua. Sila kekal selamat dan sihat!

Seterusnya di Instagram Story, bekas ahli Super Junior M itu turut berkongsi pemandangan di George Town, Pulau Pinang sambil berkata,

Hai semua, saya berada di jalan Pulau Pinang sekarang, di Malaysia. Saya cuma nak katakan ‘hai’, harap anda semua sihat sejahtera. Terutama kepada semua peminat Malaysia saya. Saya sudah lama tidak berjumpa dengan awak, rindu awak. Memang cantik kat sini.

Meskipun tidak menyatakan tujuan utamanya ke negeri itu namun, peminat tetap seronok Henry Lau memilih Pulau Pinang sebagai destinasinya.

Makan ‘Nasi Kandar’ ke tu Henry?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...