Ikuti Kami:

Rindu Konflik Taeoh, Sunwoo & Dakyung? Marathon ‘The World Of The Married’ Di Netflix Bermula 28 Ogos Ini

Rindu Konflik Taeoh, Sunwoo & Dakyung? Marathon ‘The World Of The Married’ Di Netflix Bermula 28 Ogos Ini

Meskipun langsung tidak mendapat ‘hype’ sebelum tayangannya, tapi siapa sangka drama “The World Of The Married” berjaya menolak semua K-Drama lain untuk tampil jaguh bagi tahun 2020 ini?

Kisah ini menampilkan Ji Sun-woo (Kim Hee-ae) yang merupakan seorang doktor perubatan keluarga. Mempunyai seorang suami, Lee Tae-oh (Park Hae-joon) dan seorang anak lelaki, kehidupan wanita ini adalah sangat sempurna. Tetapi panas tidak sampai ke petang apabila wanita hebat ini telah dikhianati oleh suaminya sendiri serta orang terdekat.

Mungkin sebelum ini agak sukar bagi penonton untuk melihat kesemua 16 episod drama hebat ini tetapi kini tidak lagi! Kesemua penonton Malaysia kini boleh menonton “The World Of The Married” menerusi Netflix bermula Jumaat ini (28 Ogos).

netflix the world of the married

Bukan itu sahaja, drama lakonan Jung Il-woo dan Kang Ji-young (KARA) juga bakal menemui penonton juga pada 28 Ogos ini.

Kalau anda nak tahu, drama ini mengisahkan Park Jin-sung (Jung Il-woo) adalah seorang chef yang menyembuhkan orang menerusi makanan yang disediakannya. Restoran yang dimiliki olehnya dipanggil sebagai Bistro72 dan menyimpan satu rahsia besar atas permintaan pelanggan tetap yang juga merupakan seorang pengarah program di stesen televisyen iaitu Kim Ah-jin (Kang Ji-young).

netflix sweet munchies

Selain itu, anda juga boleh menonton drama “Record Of Youth” lakonan Park Bo-gum dan Park So-dam bermula daripada 7 September nanti. Anda akan disajikan dengan 2 episod setiap Isnin dan Selasa pada saban minggu!

“Record Of Youth” membawa kisah Sa Hye-joon (Park Bo-gum) yang menanam impian untuk menjadi model dan pelakon manakala Ahn Jung-ha (Park So-dam) pula mahu menjadi seorang artis solekan dan menolak ketepi rasa tidak yakin diri yang sudah lama bersarang dalam dirinya. Won Hae-hyo (Byun Woo-seok) pula merupakan rakan baik kepada Hye-joon dan sangat berharap agar orang menerimanya sebagai pelakon dan model yang berbakat dan bukannya kerana apa yang dimilikinya sejak lahir.

netflix record of youth

Pelanggan Netflix yang meminati kandungan Korea sudah pastinya teruja menantikan kesemua K-Drama hebat ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...