Ikuti Kami:

[REVIEW] Hubungan Penuh Cabaran, Tonton Filem ‘Tune In For Love’ Lakonan Jung Haein & Kim Goeun

[REVIEW] Hubungan Penuh Cabaran, Tonton Filem ‘Tune In For Love’ Lakonan Jung Haein & Kim Goeun

Pelakon yang dikenali ramai menerusi drama “Goblin”, “Yumi’s Cells” dan banyak lagi, iaitu Kim Go-eun, pasti diminati ramai kerana lakonannya yang cukup menyentuh hati dan sering kali membuatkan drama atau filem lakonannya bertambah istimewa.

Jung Hae-in juga dikenali sebagai pelakon yang ‘versatile’ yang mampu untuk membawa apa-apa watak yang diberikan kepadanya baik dari genre romantik hingga ke aksi.

Bagi yang belum tahu, kedua-dua pelakon hebat ini pernah digandingkan bersama dalam satu filem terbitan Netflix, iaitu “Tune in for Love”, yang dikeluarkan pada tahun 2019! Ini merupakan sedikit sinopsis dan latar belakang mengenai filem romantis ini.

kim goeun & jung haein tune in for love

Sinopsis

Filem “Tune in for Love” ini bermula dengan latar masa pada tahun 1994. Watak Kim Go-eun iaitu sebagai Mi-soo, bertemu dengan Hyun-woo, iaitu watak yang dimainkan Jung Ha-in. Mereka bertemu pada 1 Oktober tahun itu. Kedua-dua mereka sering saling bertukar cerita melalui satu program di radio, tanpa mengetahui tentang diri masing-masing.

Mi-soo sedang bekerja di sebuah bakeri, dan pada suatu hari, Hyun-woo memasuki bakeri itu untuk membeli apa-apa yang mengandungi kacang soya, selepas dia dibebaskan dari pusat tahanan juvana.

Hyun-woo memohon untuk bekerja sambilan di bakeri tersebut dan, dari situlah dia mula rapat dan berkenalan dengan Mi-soo. Namun pada suatu hari, Hyun-woo bertemu dengan kenalan yang penuh misteri yang kelihatan seperti budak liar. Hyun-woo menyertai kumpulan itu, dan terus pergi dari bakeri itu. Mi-soo setia menunggu kepulangan Hyun-woo namun, dia tidak kembali dan tidak menghubungi Mi-soo lagi selepas kejadian itu.

Tahun demi tahun berlalu, dan akhirnya mereka berdua bertemu kembali. Pada satu malam, Hyun-woo tidur rumah Mi-soo, dan masing-masing saling jujur tentang perasaan antara satu sama lain. Malangnya, nasib seolah-olah tidak menyebelahi mereka, mereka terpaksa berpisah lagi atas sebab tertentu.

Adakah Mi-soo dan Hyun-woo akhirnya bertemu kebahagiaan?

kim goeun & jung haein tune in for love

Jadi, apakah antara sebab filem ini patut ditonton?

[Amaran SPOILER]

Hubungan Realistik

Drama atau filem romantik yang ditayangkan, biasanya punyai plot yang gembira, berkasih-sayang dan kebanyakannya jarang dapat dikaitkan dengan kehidupan sebenar. Tetapi, filem “Tune in for Love” ini adalah satu plot cerita yang berkait rapat dengan hubungan di dalam kehidupan sebenar.

Filem ini bukan hanya tentang cinta atau kepercayaan, tetapi juga tentang kesetiaan, kesabaran, dan juga waktu yang sesuai. Memang amat perit apabila ditinggalkan oleh orang yang tersayang, tapi filem ini mengajar bahawa sekiranya seseorang itu ditakdirkan untuk kita, sebanyak mana pun cabaran yang perlu ditempuhi, dia tetap akan bersama dengan kita suatu hari nanti.

Muzik & Sinematografi

Memandangkan filem ini berlatar belakangkan masa pada tahun 90-an, muzik yang digunakan dalam filem ini cukup tenang, sesuai dengan setiap babak yang dipaparkan. Bila dengar pun rasa macam dunia ni tiada masalah.

Sinematografi filem ini pun sedikit gelap, untuk tunjukkan era awal 90-an, ditambah dengan pemilihan pakaian untuk setiap watak dalam filem tersebut, semuanya memang cantik dan sedap mata memandang.

Filem ini mempunyai durasi selama 2 jam 2 minit dan boleh ditonton di laman Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...