Nampaknya, Ahn Bo-hyun dan Park Ji-hyun berkemungkinan akan bekerjasama sekali lagi untuk drama baru!
Terbaru, Park Ji-hyun dilaporkan akan terajui drama SBS akan datang berjudul “Gold Spoon”. Tidak lama kemudian, agensi pelakon itu memberi respon,
Park Ji-hyun sedang secara positif meneliti tawaran untuk membintangi ‘Gold Spoon’.
Sebelum ini, Ahn Bo-hyun juga turut menerima tawaran untuk terajui drama yang sama dan sedang menyemaknya kini.
Untuk pengetahuan, “Gold Spoon” akan menggambarkan pertumbuhan dan kisah percintaan seorang chaebol generasi ketiga yang tidak matang namun, menjadi seorang detektif.
Jika Ahn Bo-hyun Park Jin-hyun menerima tawaran tersebut, ini akan menjadi kali kedua mereka bekerjasama selepas drama “Yumi’s Cell”.
Sementara itu, “Gold Spoon” dilapor akan memulakan penggambaran pada bulan Mei ini dengan matlamat untuk ditayangkan pada separuh kedua 2023.
Nantikan!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉