Meskipun dah tak lagi bernaung di bawah satu agensi yang sama, artis YG Entertainment masih mengekalkan hubungan akrab mereka.
Terbaru pada 28 April, Se7en telah berkongsi foto baru di Instagram peribadinya, menampilkan G-Dragon, Taeyang, CL, Dara, Kang Seung-yoon, Kim Jin-woo sedang bergambar di konsert Daesung.
Khususnya pada minggu lalu, Daesung telah memulakan konsert jelajah Asia 2025 yang berlangsung di Dewan Olimpik, Seoul.
Meninjau ruangan komen, ramai yang teruja melihat persahabatan mereka yang masih rapat dan setia memberikan sokongan pada satu sama lain walaupun sudah tidak lagu berada di agensi yang sama.
Friendship goals sangat!