Ikuti Kami:

Reunion ‘Kecil’ Hanna, Baekhyun, IU & Lee Junki Cetus Rindu, Peminat Demand Musim Kedua ‘Moon Lovers’

Reunion ‘Kecil’ Hanna, Baekhyun, IU & Lee Junki Cetus Rindu, Peminat Demand Musim Kedua ‘Moon Lovers’

Walaupun sudah 4 tahun berlalu, rasanya ramai peminat yang masih memasang niat agar ada musim kedua untuk drama popular “Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo”. Drama bersejarah ini yang berakhir dengan kesudahan yang tidak memuaskan nyata membuatkan ramai yang mengharapkan agar ada sambungan lagi.

Terbaru, Baekhyun daripada kumpulan EXO yang juga merupakan Wang Eun (Putera ke-10) telah pun muncul dengan album solo keduanya iaitu “Delight”. Bagi mempromosikan lagu barunya itu, lelaki tersebut telah menghadiri sebuah rancangan radio iaitu “Kang Han-na’s Volume Up” yang dikemudikan oleh Kang Han-na iaitu pelakon yang menjayakan wantak Yeon-hwa. Ala, puteri jahat yang mahu berkahwin dengan Putera ke-4 itu!

baekhyun kang hanna

Rata-rata peminat “Moon Lovers” berasa sangat teruja apabila melihat ‘reunion’ kecil antara pelakon drama itu. Lagi menyeronokkan apabila mereka berdua turut berdansa gembira untuk #CandyChallenge bagi menyambut album terbaru Baekhyun tersebut.

Han-na turut memuat naik video pendek tersebut di laman Instagram rasminya dan ianya telah menerima reaksi hebat daripada IU yang membawa watak Hae-soo dalam “Moon Lovers” itu.

Komen IU,

Apakah ini? Kelakarnya hahaha. Seronok betul adik-beradik ini.

Sebab kelakar sangat, saya datang tonton lagi. Macam mana Han-na boleh hafal tariannya dengan baik?

Dah kenapa pegang beg tangan dengan cawan pulak??

komen iu

Bukan itu sahaja, Lee Jun-ki yang membawa watak Putera ke-4 (Wang So) turut meninggalkan komen pada video tersebut dan memuji rakan pelakonnya.

Kenapa tarian korang berdua nampak sangat sepadan? Berlatih ke? Bagus betul!

komen lee junki

Melihatkan interaksi di antara beberapa watak penting dalam “Moon Lovers” ini nyata membangkitkan memori indah kepada peminat drama itu. Bahkan selepas melihat hubungan mereka yang sangat akrab, penonton meminta agar musim kedua drama bersejarah itu cepat-cepat dihasilkan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...