Ikuti Kami:

[Resipi] Cara Mudah Masak Nasi Goreng Kimchi Dengan Menggunakan ‘All In One Cooker’

[Resipi] Cara Mudah Masak Nasi Goreng Kimchi Dengan Menggunakan ‘All In One Cooker’

Disebabkan demam ‘Korea’ ini, semakin ramai rakyat Malaysia yang sudah pandai ingin mencuba pelbagai juadah Korea yang terdapat di restoran di sini. Antara restoran Korea yang menjadi tumpuan ramai ialah DubuYo, Myeondong Topokki, Oiso, KoHyang dan banyak lagi.

Asyik makan kat restoran sahaja, mesti penat nak drive dan keluar belanja banyak kan? Apa kata anda semua masak sahaja di rumah. Nah, kami kongsi resepi Nasi Goreng Kimchi yang dimasak menggunakan ‘all in one cooker’. Rasanya sama sahaja seperti yang dihidangkan di restoran Korea!

Bahan-bahan:

  • 4 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 1/2 cawan beras
  • 1 cawan kimchi
  • 1 sudu besar kicap
  • 1/2 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar gochujang (pes cili Korea)
  • 1/2 cawan air
  • 1 bahagian dada ayam
  • 1 cawan daun bawang

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan goreng hirisan bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.

resepi nasi goreng kimchi mudah2. Selepas itu, masukkan bahan-bahan lain dan tumis sehingga masak.
resepi nasi goreng kimchi mudahresepi nasi goreng kimchi mudah3. Selepas semua bahan telah digaulkan sekali, masukkan dada ayam dan setkan tetapan kepada ‘risotto/rice’.

4. Akhir sekali, hias nasi gireng kimchi anda dengan hirisan daun bawang.
resepi nasi goreng kimchi mudah

5. Siap dan hidang!

resepi nasi goreng kimchi mudah

Sekarang ini kalau dah, boleh terus buat sahaja di rumah. Satu keluarga boleh makan sepuas-puasnya!

Nah video penuh, kalau anda nak lebih faham tentang proses menyiapkan Nasi Goreng Kimchi ini.

Sumber: BeautifulNara

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...