Ikuti Kami:

Rekod Terendah, Kenapa Rating ‘The Sixth Sense 3’ Terus Catat Penurunan?

Rekod Terendah, Kenapa Rating ‘The Sixth Sense 3’ Terus Catat Penurunan?

Rasanya ramai yang layan program “The Sixth Sense 3” pada saban minggu kan?

Meskipun kandungan yang mengujakan dalam setiap episod, tetapi sepertinya ia tidak mampu mengekalkan momentum yang baik untuk musim ini.

Dalam episod terbaru ini, “The Sixth Sense 3” membawa ahlinya dan tetamu, Code Kunst dan Nucksal untuk memilih kedai yang palsu dalam memaparkan sesuatu yang unik.

tvn the sixth sense 3

Bermula baik dengan rating 3.512% dalam musim ini namun ianya menunjukkan trend penurunan hingga ke episod yang ke-10 ini. Malah ia merupakan rekod terendah untuk musim ketiga ini iaitu 2.475%.

Untuk pengetahuan anda, program ini menayangkan premis di mana kesemua ahlinya dan tetamu perlu menggunakan deria ke-6 mereka untuk mengenali yang mana palsu di antara yang benar. Ianya dipelopori oleh Yoo Jae-suk, Jessi, Jun So-min, Mi-joo (Lovelyz), Oh Na-ra dan Lee Sang-yeob.

Apa pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...