Ikuti Kami:

Reaksi Terkejut Duta SAMSUNG, Jennie Blackpink Hampir Terpegang iPhone Buat Peminat Tertawa!

Reaksi Terkejut Duta SAMSUNG, Jennie Blackpink Hampir Terpegang iPhone Buat Peminat Tertawa!

Siapa tak kenal dengan kumpulan popular K-Pop iaitu Blackpink? 4 gadis yang menganggotai kumpulan itu nyata popular sehinggakan setiap orang daripada pelosok dunia mengenali mereka. Disebabkan oleh kepopularitian mereka itu, dah sah-sah lah semua jenama terkenal, tak kisahlah gajet ke, pakaian ke, makanan ke, pasti berebut untuk mengambil kumpulan itu sebagai wajah produk mereka.

Kalau anda nak tahu, Blackpink telah dilantik sebagai duta untuk jenama telefon bimbit terkenal daripada Korea iaitu Samsung! Mereka juga secara aktif telah mempromosikan telefon bimbit tersebut di merata tempat. Bahkan wajah mereka turut memenuhi kedai Samsung di seluruh Malaysia!

samsung blackpink Salah seorang ahli Blackpink iaitu Jennie, benar-benar mengambil serius mengenai tugasnya sebagai seorang duta Samsung kerana dia langsung tak akan sentuh mana-mana jenama telefon bimbit lain di khalayak ramai!

Paling kelakar, apabila gadis genit itu pernah cuba mengambil telefon bimbit peminat semasa konsert jelajah mereka di Los Angeles tetapi terus berundur ke belakang dengan muka terkejut kerana peminat tersebut menggunakan iPhone.

Reaksi Jennie itu menjadi tular dalam kalangan peminat kerana dedikasinya sebagai duta Samsung! Mereka juga terhibur melihat reaksi terkejutnya sehingga melompat ke belakang kerana hampir memegang iPhone. Walaubagaimanapun, Jennie sebenarnya adalah salah seorang pengguna iPhone dan tak pernah langsung memiliki telefon bimbit Samsung.

jennie blackpink

Patutlah ramai jenama terkenal yang mahukan Blackpink sebagai duta produk mereka. Lihat sajalah tahap dedikasi Jennie terhadap tugasnya sebagai seorang duta itu!

Sumber: Allkpop, Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...