Ikuti Kami:

Rayuan Ditolak, Hukuman Penjara Jung Joonyoung & Choi Jonghoon Atas Kesalahan Serangan Seksual Kekal

Rayuan Ditolak, Hukuman Penjara Jung Joonyoung & Choi Jonghoon Atas Kesalahan Serangan Seksual Kekal

Selepas rayuan dipertimbangkan, Mahkamah Daerah Seoul Tengah telah memutuskan keputusan terakhir bagi hukuman Jung Joon-young dan Choi Jong-hoon.

Kalau anda ingat, pada November lepas, Jung Joon-young telah dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun manakala Choi Jong-hoon pula sepanjang 5 tahun atas pertuduhan rogol (dilakukan oleh dua orang atau lebih). Disebabkan pihak pendakwaan membuat rayuan, perbicaraan sekali lagi telah dijalankan pada tahun ini.

Pada Mei lepas, Mahkamah Tinggi Seoul mengurangkan hukuman Jung Joon-young kepada 5 tahun manakala Choi Jong-hoon pula hanya perlu dipenjarakan selama 2 tahun 6 bulan. Pun begitu, kedua mereka kembali membuat rayuan bagi meringankan lagi hukuman baru yang diputuskan itu.

hukuman penjara choi jonghoon dan jung joonyoung dikurangkan

Baru-baru ini, didedahkan bahawa pihak mahkamah memilih untuk menolak rayuan tersebut dan kekal dengan keputusan hukuman yang asal. Bermakna Jung Joon-young kekal dengan hukuman penjara selama 5 tahun dan Choi Jong-hoon selama 2 tahun 6 bulan.

Tiada kesilapan dalam pegangan perundangan atau kesalahan fakta mengikut alasan subjektif semasa perbicaraan asal. Malah tiada salah faham jurisprudens.

Selamat menjalani hukuman, semoga kedua mereka menyesali kesalahan yang dilakukan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...