Ikuti Kami:

Rating ‘When The Camellia Blooms’ Semakin Menaik, Pecah Rekod Peribadi!

Rating ‘When The Camellia Blooms’ Semakin Menaik, Pecah Rekod Peribadi!

Dengar cerita ramai yang sedang melayan drama “When The Camellia Blooms”? Kedua-dua watak Dongbaek dan Yongshik walaupun sedikit polos tetapi berjaya mengusik hati penonton kerana kehidupan mereka yang perit. Tambahan lagi, apabila cinta Yongshik yang suci berjaya membuatkan peminat drama ini terbuai.

Kalau anda nak tahu, drama ini mengisahkan tentang Dong Baek (Gong Hyojin) yang memiliki sebuah bar dan dia sering menjadi punca prejudis orang di sekelilingnya. Terdapat dua watak lelaki utama yang merebut cinta Dongbaek iaitu Hwang Yongshik (Kang Haneul), merupakan seorang pegawai polis yang sangat mencintai wanita itu dan tidak malu untuk meluahkan perasaannya itu. Kang Jongryul (Kim Jisuk) pula merupakan seorang pemain besbol popular dan adalah cinta pertama Dongbaek. Tetapi dia sudah pun berkahwin dengan seorang selebriti media sosial namun kembali menagih cinta Dongbaek dan mahu bersama-sama membesarkan anak mereka.

when the camellia blooms catat rating terbaik

Menurut laporan Nielsen Korea, episod yang ditayangkan pada 31 Oktober lalu berjaya mencapai purata rating 15% dan 18.4% bagi seluruh negara. Ini adalah rating terbaik yang direkodkan oleh “When The Camellia Blooms” selepas mengalahkan rating terbaik sebelum ini iaitu 16.9% untuk episod yang ditayangkan pada 23 dan 30 Oktober.

when the camellia blooms catat rating terbaik

Nampaknya, semakin nak sampai ke penghujung cerita, semakin mencanak naik rating drama ini. Tapi memang tak hairan pun kerana jalan cerita “When The Camellia Blooms” adalah sangat seronok dan menyebabkan penonton melekat depan kaca televisyen.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...