Ikuti Kami:

Rating Turun Ke 1%, Hwang Jungeum Pun Tak Boleh Selamatkan Drama Komedi Fantasi ‘Mystic Pop-Up Bar’?

Rating Turun Ke 1%, Hwang Jungeum Pun Tak Boleh Selamatkan Drama Komedi Fantasi ‘Mystic Pop-Up Bar’?

Ratu drama komedi iaitu Hwang Jung-eum kini kembali dengan drama terbaru iaitu “Mystic Pop-Up Bar” di bawah tayangan JTBC yang menggabungkan elemen komedi, kaunseling dan fantasi. Menarik kan?

Roh cuba ‘lari’ daripada neraka dengan selesaikan masalah manusia

Drama ini mengisahkan tentang Wol-ju (Hwang Jung-eum), satu roh yang sudah pun berusia 500 tahun dan memiliki sebuah bar misteri. Dia terpaksa melayan manusia yang tidak gembira dengan kehidupan dek kesilapan lampaunya iaitu membunuh diri kerana terseksa dengan hidup. Bagi melepaskan hukuman daripada disumbatkan ke dalam neraka, Wol-ju perlu membantu 100,000 ribu manusia dalam menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka.

episod pertama mystic pop-up bar

Selepas berjaya ‘mengubati’ lara 99,990 orang, roh itu kini mengalami kesukaran untuk mencari manusia baru kerana ramai orang yang susah untuk mengakui dugaan mereka. Masa semakin suntuk, Wol-ju hanya mempunyai masa sebulan untuk melengkapkan misinya sebelum diheret ke pintu neraka.

Dalam usaha untuk mengorek rahsia seorang pelanggan bernama Mi-ran, Wol-ju tanpa sengaja telah berkenalan dengan pekerja pasar raya di bangunan yang sama bernama Kang-bae (Yook Sung-jae). Lelaki itu yang mempunyai kuasa luar biasa iaitu mampu membuatkan seseorang itu meluahkan segala rahsia yang terpendam apabila memegang mereka membuatkan Wol-ju sedar bahawa dia boleh membantunya menyelesaikan misi yang sudah hampir tamat.

episod pertama mystic pop-up bar

Rating stabil pada awal tayangan

Dibarisi dengan pelakon hebat seperti Hwang Jung-eum, Choi Won-young dan Yook Sung-jae, drama “Mystic Pop-Up Bar” sepertinya berjaya menarik perhatian penonton dengan gabungan unik ini. Kehebatan lakonan mereka tak perlu disangkal lagi, ditambah pula dengan plot cerita yang menarik membuatkan semakin ramai yang tidak sabar menantikan tayangannya.

Seperti yang dijangkakan drama ini berjaya meraih rating stabil untuk tayangan pertamanya. Menurut Nielsen, “Mystic Pop-Up Bar” mencatatkan rating 3.610% untuk episod perdana. Pun begitu, agak mengejutkan kerana rating episod kedua naskhah komedi ini turun mendadak kepada 1.89%, satu angka yang tidak dijangkakan daripada drama lakonan Hwang Jung-eum.

Mungkin jumlah penonton akan bertambah dalam episod yang akan datang, pun begitu ramai juga yang tinggalkan komen mengatakan bahawa “Mystic Pop-Up Bar” sedikit mengelirukan dan tidak menghiburkan seperti apa yang dicanang. Serius?

Kepada yang dah tonton, okay tak drama ini?

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...