Ikuti Kami:

Rating ‘The World Of The Married’ Pecah Rekod Peribadi, Rating ‘The King: Eternal Monarch’ Raih Rekod Terendah

Rating ‘The World Of The Married’ Pecah Rekod Peribadi, Rating ‘The King: Eternal Monarch’ Raih Rekod Terendah

Dengan hanya satu sahaja lagi episod yang tinggal, “The World Of The Married” terus mengganas dan membuatkan penonton tak senang duduk untuk menyaksikan kesudahannya.

Pecah rekod peribadi

Betapa hebatnya drama ini sehingga episod ke-15 yang ditayangkan kelmarin (15 Mei) berjaya memecahkan catatan peribadi dan menenggelamkan rekod sebelum ini. Sekaligus mencatat rating tertinggi dalam sejarah saluran kabel Korea.

Menurut Nielsen Korea, episod terbaru “The World Of The Married” ini mencatatkan purata rating sebanyak 24.44% dan menolak jatuh rekod sebelum ini iaitu 24.33%. Hebat!

the world of the married

Selepas ribut yang melanda, penonton semuanya sedang gigit jari menantikan kesudahan kepada hidup Ji Sun-woo yang berbelit-belit. Baru nak bahagia dengan anaknya, tiba-tiba Tae-oh buat hal dan membawa Jun-young pergi. Saksikan kesudahannya malam ini!

Rating kian menurun

Pun begitu, berita menyedihkan bagi drama “The King: Eternal Monarch”. Selepas mencatatkan rekod terendah pada episod lepas iaitu 6.1%, kini rating naskhah fantasi itu terus merosot apabila hanya mampu merekodkan 5.8% dan 6.3% semasa tayangan pada 15 Mei kelmarin.

rating the king: eternal monarch kian menurunAgak mengecewakan kerana ini membuktikan bahawa kebanyakan penonton kian hilang minat mereka terhadap drama lakonan Lee Min-ho dan Kim Go-eun. Pun begitu, ia mungkin terjadi kerana persaingan yang sengit dengan “The World Of The Married” yang bertindih sedikit dengan tayangannya.

Nampaknya penonton lebih tertarik dengan “The World Of The Married daripada “The King: Eternal Monarch”, kan?

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...