Rating Tertinggi Direkodkan Oleh ‘MBC Drama Awards’ Apabila Jung Haein & Han Jimin Muncul Di Skrin!

jung haein dan han jimin

Semalam telah berlangsung majlis penganugerahan “2019 MBC Drama Awards” secara langsung daripada MBC Media Center. Majlis ini diadakan bagi menghargai semua naskhah yang pernah ditayangkan di bawah stesen televisyen itu sepanjang tahun 2019.

Antara drama yang dipertandingkan ialah “One Spring Night”, “Rookie Historian Goo Hae Ryung”, “Special Labor Inspector, Mr. Jo”, “Extraordinary You” dan banyak lagi. Meskipun memberi fokus kepada anugerah yang dipertandingkan pada malam itu, pengacara majlis tersebut tidak terlepas untuk menemubual beberapa pelakon yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

2019 mbc drama awards

Mendekati pelakon Han Jimin dan Jung Haein yang berlakon bersama dalam drama “One Spring Night”, mereka ditanya soalan cepumas sekiranya kedua pelakon itu mempunyai perasaan antara satu sama lain kerana gandingan yang mantap dalam drama romantik itu.

Pada mulanya, Han Jimin menjawab dengan jawapan yang pendek sahaja, “Susah nak cakap.” tetapi dia kemudiannya menjelaskan bahawa dia tertarik dengan watak yang dibawa oleh Jung Haein apabila dia mendalami wataknya sebagai Jungin dalam drama “One Spring Night”.

jung haein dan ham jimin

Apabila pelakon lelaki itu pula ditanya sekiranya dia mahu berlakon sebagai pasangan Han Jimin lagi pada masa akan datang, Jung Haein tidak teragak-agak untuk menjawab, “Sudah pasti!”

Ketika mengakhiri sesi temu bual itu, kedua-dua pelakon tersebut telah membuat bentuk hati dengan senyuman yang manis. Tapi siapa sangka bahawa babak itu merekodkan rating yang paling tinggi sepanjang “2019 MBC Drama Awards” itu berlangsung! Purata rating bagi majlis itu ialah 7.5% dan 8.5% tetapi rating per minit tertinggi dicatatkan semasa temu bual bersama Jung Haein dan Han Jimin iaitu 11.0%! Hebat!

jung haein dan han jimin

Kepada yang tidak mengetahui, drama “One Spring Night” membawa kisah seorang ayah tunggal dan seorang wanita yang mula hilang rasa cinta terhadap kekasihnya. Kedua individu ini melalui banyak liku sepanjang cuba memahami perasaan masing-masing.

one spring night

Sumber: Koreaboo

Leave a Reply