Ikuti Kami:

Rating Tertinggi Di MBC Bagi 2021, ‘The Red Sleeve’ Dipuji Teruskan Legasi ‘Moon Embracing The Sun’

Rating Tertinggi Di MBC Bagi 2021, ‘The Red Sleeve’ Dipuji Teruskan Legasi ‘Moon Embracing The Sun’

“The Red Sleeve” ternyata menjadi drama yang menjadi bualan ramai kini. Hinggakan ianya mampu menolak banyak drama popular lain yang ditayangkan pada hari yang sama meskipun diterajui oleh ramai pelakon popular.

Membawa kisah sebenar pada zaman dahulu kala, ia memaparkan raja Yi San (Lee Jun-ho) yang mahukan kuasa untuk kepentingan rakyatnya dan pengiring istana Sung Deok-im (Lee Se-young) yang pentingkan kehidupannya sendiri.

Bukan sahaja sama hebat dengan novel asalnya namun penggunaan prop, seni dan latar belakang yang ditampilkan berjaya memukau penonton untuk terus mengikuti siri tersebut pada saban episod. Malah ia dikatakan sebagai penyambung kepada legasi drama bersejarah “Moon Embracing The Sun” yang berjaya meraih rating hingga 42% di MBC dahulu.

mbc moon embracing the sun

Lakonan Lee Jun-ho yang hebat walaupun baru sahaja pulang dari latihan ketenteraan merupakan antara tarikan utama drama ini. Dari seorang yang kekok di hadapan cintanya ke seorang yang tegas apabila berdepan dengan situasi rakyat, idola itu berjaya menampilkan kedua sisi berkenaan dengan meyakinkan.

Lee Se-young yang juga mempunyai pengalaman hebat dalam drama bersejarah seperti “Dae Jang Geum”, “The Great King’s Dream” dan “The Crowned Clown” terus menunjukkan penghayatan yang hebat di dalam “The Red Sleeve”. Meskipun tunduk pada arahan yang berkuasa namun Sung Deok-im tetap mampu menjaga maruah dirinya dan mementingkan kemahuan dirinya dengan anggun.

mbc the red sleeve

Dalam pada itu, “The Red Sleeve” menjadi drama siri mini pertama MBC yang meraih rating tinggi seperti ini untuk 2021. Malah dikhabarkan bahawa ianya turut memecahkan rekod apabila mencatatkan 10.7% dalam episod terbarunya di mana kali terakhir drama di stesen berkenaan meraih angka dua digit ialah pada 2018 dengan “My Secret Terrius”.

Hebat kan “The Red Sleeve”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...