Ikuti Kami:

Rating Tak Konsisten, Catatan Episod Ke-7 Rendah Tapi ‘Backstreet Rookie’ Pecah Rekod Peribadi Pada Episod Ke-8

Rating Tak Konsisten, Catatan Episod Ke-7 Rendah Tapi ‘Backstreet Rookie’ Pecah Rekod Peribadi Pada Episod Ke-8

Rasanya “Backstreet Rookie” merupakan drama untuk tahun 2020 yang paling banyak sekali terpalit dengan kontroversi liar. Walaubagaimanapun hal tersebut langsung tak menjejaskan perhatian penonton bahkan ia berjaya meraih rating yang stabil sepanjang tayangannya.

Perkembangan plot episod 7 dan 8

Sudah pun memasuki episod yang ke-8, hubungan di antara Choi Dae-hyun (Ji Chang-wook) dan Jung Saet-byul (Kim Yoo-jung) nampaknya ditonjolkan sebagai hubungan ‘abang-adik’ memandangkan lelaki itu cinta mati dengan kekasihnya. Pun begitu, perasaan Yeon-joo (Han Sun-hwa) sepertinya berbolak-balik dengan teman lelakinya walaupun Dae-hyun sudah mencuba sedaya upaya untuk berada setanding dengan statusnya sebagai wanita yang berjaya.

backstreet rookie

Saet-byul pula berasa kecewa apabila mendapat tahu Yeon-joo sanggup meninggalkan Dae-hyun untuk bersama dengan lelaki lain walhal teman lelakinya adalah seorang yang sangat sempurna meskipun mempunyai sedikit kekurangan. Sedar dengan kesalahannya, wanita itu cube memujuk De-hyun namun terkesima apabila mendapat tahu Saet-byul kini tinggal bersama dengan kekasihnya.

Rating episod 7 dan 8

Sedikit mengejutkan apabila rating “Backstreet Rookie” mencatatkan rating yang agak rendah semasa tayangan episod ke-7 iaitu 4.8% sahaja namun naik hampir dua kali ganda semasa episod ke-8 dengan catatan 8.7%. Bahkan catatan itu adalah rekod terbaik buat siri tersebut sepanjang tayangannya.

backstreet rookie

Mungkin dengan plot yang kian berkembang dan stabil, drama komedi romantik ini bakal mencapai satu rekod yang membanggakan nanti?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...