Utama Drama Korea Rating Rendah Sehingga Episod Akhir, Penonton Luah Rasa Berbelah Bagi Dengan Ending...

Rating Rendah Sehingga Episod Akhir, Penonton Luah Rasa Berbelah Bagi Dengan Ending ‘Was It Love?’

epsiod akhir was it love?

Selepas 16 episod sabar menonton, akhirnya drama lakonan Song Ji-hyo iaitu “Was It Love?” akhirnya tamat juga bersiaran. Seronok ada, berdebar ada bila tonton 4 lelaki yang cuba meraih cinta si ibu tunggal yang berdedikasi dengan impiannya iaitu No Ae-jeong.

Sedih sebenarnya melihatkan No Ae-jeong yang terpaksa membesarkan No Ha-nee sendirian dek salah faham yang berlaku di antara dia dan Oh Dae-oh (Son Ho-jun) pada 14 tahun lepas. Namun lari macam mana pun, jodoh tetap jodoh, mereka kembali bersatu meskipun terpaksa melalui pelbagai salah faham dan kritikan orang ramai lagi. Bahkan anak perempuan mereka turut menjadi perjudian dalam kisah cinta berbelit ini.

episod akhir was it love?

[Amaran SPOILER]

Ending bahagia untuk semua

Disebabkan oleh masalah yang timbul satu demi satu, produksi filem yang dikemudikan oleh No Ae-jung dan Oh Dae-oh iaitu “Love Is Non-Existance” terpaksa dibatalkan. Malah lelaki itu yang menerima kecaman umum dek dikhabarkan menulis cerita palsu di dalam novel popularnya, akhirnya membawa diri bagi mengelak orang ramai terus memperkatakan mengenai hal keluarganya. Sebelum pergi, lelaki itu sempat berjumpa dan menjelaskan perkara sebenar kepada anak perempuannya lantas membuatkan penonton sedih bersama.

episod akhir was it love?

Meskipun ramai yang mahukan episod akhir yang dipenuhi kebahagiaan, tetapi pasangan ini sekali lagi diuji apabila terpaksa berjauhan. Tetapi perpisahan itu membuatkan kedua mereka berjaya mencapai impian masing-masing di mana No Ae-jeong berjaya menghasilkan filem pertamanya “No One But My Man” manakala Oh Dae-oh mengeluarkan novel “Last Love” di bawah nama pena baru ‘Guido Orefice’ dan bukannya ‘Cheon Eok-man’ seperti kebiasaan lagi.

episod akhir was it love?

Penonton mahu babak romantik antara Ae-jeong dan Dae-oh

Mungkin disebabkan oleh satu konflik yang dibangkitkan dalam episod terakhir ini, Oh Dae-oh dan No Ae-jeong lebih banyak hidup berasingan sampailah ke penghujung cerita di mana ketika ‘Guido Orefice’ bertemu dengan No Ae-jeong untuk membincangkan perjanjian filem terbaru berdasarkan novel “Last Love”.

Terus daripada situ, babak seterusnya melompat kepada hari perkahwinan di antara No Ha-nee dan Gu Dong-chan. Meskipun menggambarkan bahawa keluarga itu bahagia sehingga ke tua tetapi babak romantik di antara dua watak utama itu sepertinya kurang dipaparkan. Rata-rata penonton sepertinya berharap episod akhir ini menunjukkan kebahagiaan No Ae-jeong, Oh Dae-oh dan No Ha-nee sebagai sebuah keluarga tapi mereka dibiarkan hampa.

episod akhir was it love?

[SPOILER tamat]

Rating rendah sehingga ke akhir tayangan

Walaupun ramai yang seronok menonton drama ini tetapi nampaknya rating “Was It Love?” kekal rendah sepanjang tayangannya iaitu hanya berada dalam lingkungan 1.5% ke 2.5% sahaja. Malahan episod terakhirnya mencatatkan bacaan 1.649% yang hanya mempunyai 0.001% perbezaan dengan rating terendah drama itu yang direkodkan ketika episod 10 iaitu 1.648%.

Walaubagaimanapun, “Was It Love?” nampaknya berjaya menarik peminat penonton Malaysia terutamanya kerana drama tersebut kekal di tangga 5 teratas di Netflix daripada awal tayangannya sehingga kini.

Apa komen anda mengenai drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

1 komen

Leave a Reply