Ikuti Kami:

Rating Rendah, ‘How Do You Play’ Buang Ahli Lama & Bakal Tambah Ahli Baru?

Rating Rendah, ‘How Do You Play’ Buang Ahli Lama & Bakal Tambah Ahli Baru?

Nampaknya MBC bakal merombak rancangan kegemaran ramai tak lama lagi.

Menurut laporan, “How Do You Play” akan melalui perubahan besar di mana ahli tetap kini iaitu Jung Joon-ha, Shin Bong-sun, Jin Ki-joo dan Lee Yi-kyung akan meninggalkan program itu manakala pengelolanya iaitu Yoo Jae-suk serta Haha dan Lee Mi-joo akan terus kekal bersama.

Bukan itu sahaja, pengarah Park Chang-hoon akan terus mengemudi program itu namun akan dibantu oleh pengarah produksi muda bagi membawa suasana yang menyegarkan lagi.

mbc how do you play

Keputusan ini dikatakan dibuat apabila “How Do You Play” terus meraih rating rendah iaitu dalam lingkungan 4% sahaja meskipun pernah mencatat rekod baik setinggi 8% ke 9% dahulu.

Respon pihak program itu mengenai hal ini,

Memang benar kami sedang menyusun semula program ini namun kami masih berbincang mengenai ahli ganti secara dalaman.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...