Ikuti Kami:

Rating Penonton Umur 19+, Tempoh Tayangan Episod Pertama ‘The Penthouse 3’ 30 Minit Lebih Lama

Rating Penonton Umur 19+, Tempoh Tayangan Episod Pertama ‘The Penthouse 3’ 30 Minit Lebih Lama

Debaran episod awal “The Penthouse 3” kian terasa! Bakal membuka tirainya pada Jumaat ini, pastinya ramai ternanti-nanti nasib kesemua penduduk di Hera Palace.

Seperti yang ditonton semasa penghujung musim lalu, Logan Lee (Park Eun-seok) sepertinya menemui ajal selepas terlibat dengan letupan bom. Ramai yang menebak bahawa insiden itu sebenarnya ialah rancangan Joo Dan-tae (Uhm Ki-joon) yang kini terperangkap dalam penjara.

Di dalam beberapa foto episod perdana musim ketiga ini, Shim Su-ryeon (Lee Ji-ah), Bae Ro-na (Kim Hyun-soo) dan Joo Seok-hoon (Kim Young-dae) nampaknya sedang meratapi kematian Logan Lee.

sbs the penthouse 3

Menurut pihak produksi,

Kematian Logan Lee akan menjadi sebagai penentu terbesar bagi Shim Su-ryeon dan penjahat di Hera Palace. Sila saksikan kebenaran mengenai letupan tersebut menerusi episod perdana ‘The Penthouse 3’.

sbs the penthouse 3

Untuk pengetahuan anda, dikhabarkan bahawa episod perdana “The Penthouse 3” dibahagikan kepada 3 bahagian dan setiap daripadanya adalah 30 minit panjangnya. Malah ia juga diklasifikasikan sebagai ‘R’ iaitu hanya boleh ditonton oleh 18 tahun ke atas.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...