Utama Drama Korea Rating Pecah Rekod Peribadi, Penonton Terkejut Lihat Plot Twist ‘One The Woman’

Rating Pecah Rekod Peribadi, Penonton Terkejut Lihat Plot Twist ‘One The Woman’

sbs one the woman

“One The Woman” bukan sahaja kelakar nampaknya tapi dipenuhi plot yang tak dijangka juga.

[Amaran SPOILER]

Dalam episod terbaru “One The Woman”, didedahkan bahawa setiausaha baru Han Seung-hye (Jin Seo-yeon) iaitu Kim Eun-jung sebenarnya ialah Kang Mi-na. Rupanya kehilangan wanita itu ditutup dengan pembedahan plastik wanita kaya itu.

Namun wanita itu tidak mampu menipu gerak hati Han Sung-hye yang tajam apabila wanita itu memaksa Kim Eun-jung memakan kekacang yang merupakan alergi Kang Mi-na selain mencampak ujian DNA yang membuktikan bahawa wanita itu masih hidup cuma berubah wajah.

sbs one the woman

Nasib baik Kim Eun-jung sempat diselamatkan oleh Han Seung-wook dan Jo Yeon-ju semasa dikejar oleh orang Seung-hye.

Dalam pada itu, episod mendebarkan ini berjaya memecah rekod peribadinya apabila ia mencatatkan rating tertinggi sepanjang tayangan iaitu 16.9%.

Apalah yang akan jadi dalam dua episod terakhir nanti kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsis
Loading...